Percutian Ke 'Ghost City' Yang Menginsafkan

Share Artikel

Artikel disunting dari perkongsian Khairul Naeim Z yang telah bercuti di exclusion zone Chernobyl dan Pripyat.


Tahukah anda tentang kejadian letupan nuklear yang terbesar di dunia yang telah berlaku pada 26 April 1986?

Kejadian Letupan Nuklear Terbesar Di Dunia

Letupan ini berlaku di Chernoby. Lebih tepat lagi ia berlaku di Reaktor Nuklear Chernobyl unit 4 di Utara Ukraine. Kejadian ini telah menyebabkan sebanyak 190 tan radioaktif uranium dan graphite tersebar ke udara.

Penduduk yang tinggal di Chernobyl pula terdedah dengan kesan radiasi yang 90 kali lebih banyak dari letupan bom atom di Hiroshima. Lebih kurang 400 000 orang di telah evakuasi dari tempat tersebut.

Kejadian ini melibatkan lebih kurang 2000 kampung.

Setelah lama ditinggalkan, bandar kosong tanpa penghunu ini dilabel sebagai ghost city.

Ia telah dibuka untuk lawatan sejak 2011. Sangat sesuai buat mereka yang ingin melihat kesan radioaktif secara dekat dan secara personal merasai pengalaman berada di 'Bandar Hantu'.

Ini adalah salah satu sebab kenapa saya beriya-iya untuk ke sana.

Ini adalah antara soalan-soalan yang banyak diutarakan kepada saya sebelum saya ke sana.

Soalan Tentang Ghost City

  1. Bagaimana nak ke sana?

    Anda hanya boleh ke sana bersama-sama dengan tour guide sama ada menggunakan pakej secara berkumpulan atau private. Harga kebanyakan untuk tour berkumpulan adalah sebanyak USD100 seorang.

  2. Apa persediaan untuk kesana?

    Selepas anda mendaftar dengan tour agent, anda hendaklah memastikan bahawa butiran diri yang berikan adalah tepat.

    Pastikan anda mendaftar dengan agen yang sah sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh lawatan.

    Pastikan anda hendaklah berumur 18 tahun dan keatas dan bagi perempuan pula anda tidak mengandung.

  3. Apakah pakaian yang sesuai dipakai semasa lawatan?

    Pakaian semasa lawatan adalah hendaklah berbaju lengan panjang, memakai kasut tertutup dan berseluar panjang.

  4. Berapa lama jangka masa lawatan?

    Lawatan ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 8 malam.

  5. Apa yang patut dibawa semasa lawatan?

    Lawatan ke sana mengambil masa selama sehari . Jadi sila bawa bekalan makanan bersama.

  6. Selamat atau tidak?

    Ya, selamat.

    Anda hendaklah memastikan supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Semasa anda di sana, anda hanya melawat tempat yang kesan radiasinya telah kurang.

    Jangan risau anda juga boleh menyewa alat dosimeter untuk mengukur kesan radiasi.

    Semasa meninggalkan kawasan lawatan, badan anda akan di scan di 2 check point supaya anda bebas dari kesan radiasi dan tidak membawa kesan radiasi ke tempat lain.

  7. Apakah tempat yang perlu saya lawati?

    Tempat lawatan di tentukan oleh agen.

    Antara tempat yang menarik perhatian adalah bandar Chernobyl, bandar Pripyat yang berhantu, Rektor nuklear Chernobyl, Duga, Red forest dan Zalissya .

  8. Apakah perkara yang patut saya elak semasa ditapak lawatan?

    • Anda tidak boleh makan atau minum
    • Anda tidak boleh merokok
    • Anda tidak boleh duduk atau meletak barang di atas tanah
    • Anda tidak boleh memetik buah atau sayur- sayuran

  9. Bagaimana pula dengan makanan tengahari dan solat?

    Jangan risau makanan tengahari ada disediakan ada pilihan makanan vegi atau normal. Semasa berhenti makan, anda boleh solat. Untuk lebih senang, pastikan anda mengambil wuduk semasa dari Kiev lagi.

Akibat letupan nuklear Chernoby ini, dari sudut yang positif, ia telah membuka mata banyak pihak untuk mengetatkan undang-undang penggunakan nuklear dan juga kepentingan persediaan jika berlaku hal yang tidak diingini.

Dari sudut negatif, letupan ini memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada manusia terutama kanak-kanak malahan juga kepada ekosistem.

Lawatan ke sini banyak memberikan kesedaran kepada saya. Rugi jika anda tidak cuba datang ke sini.

Benarlah kata-kata oleh Augustine of Hippo.

The world is a book and those who do not travel read only one page.

Augustine of Hippo

P/S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “Percutian Ke 'Ghost City' Yang Menginsafkan”

Leave a Reply to Mohamed Syafiq Cancel reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open