Anda ada bajet RM 500, tapi tak tahu nak melancong ke mana? ✈️
Hari ni kami akan kongsikan macam mana nak travel ke Lombok dengan bajet bawah RM 500 je. Tapi, ini tak termasuk tiket flight taw.
Terima kasih kepada Cik Keyla Mustaffa yang sudi berkongsi pengalaman percutian beliau ke Lombok bersama rakan-rakannya di laman Facebook.
Jadi, sapa-sapa yang ada hajat nak bercuti ke Lombok, lepas baca, terus saved entri ni taw. Senang nak buat rujukan nanti. ?
Ready? Okey. Jom kita terbang ke Lombok!
Nota: Semua harga menggunakan matawang Rupiah ye.
Hari 1
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok
- Menaiki teksi (supir) ke Jeti Bangsal - 300k/kereta
- Menaiki bot dari Jeti Bangsal ke Gili Trawangan - 15k/orang
- Check-in di Little Woodstock Homestay - 450k/4 orang
- Ronda-ronda sekitar Gili dan bergambar atas buaian di Ombak Sunset
- Melihat matahari terbenam pada jam 6.30 petang
- Mencuba makanan popular di Gili iaitu gili gelato
- Membuat tempahan untuk aktiviti snorkeling esok hari - 70k/orang
- Menikmati bakso dan air mineral untuk makan malam - 25k
Nota:
- Selain Jeti Bangsal, anda boleh pilih sama ada Jeti Teluk Kodek atau Jeti Teluk Nare. Tapi, harga tiketnya agak mahal. Lebih kurang 200k/orang.
- Boleh pilih nak jalan kaki, berbasikal atau menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar di Gili.



Hari 2
- Subuh jam 4.30 pagi taw di sini. Sementara tunggu sarapan jam 7 pagi, kami terjun kolam dulu ?
- Pada jam 10 pagi, kami snorkeling di Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air
- Menikmati fries sebagai hidangan tengah hari di Gili Air - 20k
- Kembali ke Gili Trawangan sekitar jam 3 petang dan check out dari homestay
- Bergerak ke Senggigi dengan menaiki bot
- Supir hantar kami ke hotel (perkhidmatan supir ni kami guna selama 3 hari di Senggigi)
- Check-in di Puri Senggigi Hotel - 20k/orang/malam
- Segarkan diri, solat dan kami keluar semula untuk ronda-ronda Senggigi
- Menikmati ayam taliwang, ayam pelecing, jus alpukat dan jagung bakar - 83k ?
- Balik hotel jam 9.00 malam dan cas tenaga untuk keesokan hari




Hari 3
- Kami bersarapan pada jam 7 pagi
- Supir jemput kami pada jam 8 pagi. Banyak agenda untuk diselesaikan pada hari ini
- Kami bergerak menuju ke Sendang Gile dan Tiu Kelep Waterfall - 30k (tiket masuk)
- Sendang Gile ni lebih kurang 20 minit je dah sampai
- Kami kena menapak lagi 30 minit untuk ke Tiu Kelep
- Mampu berendam 20 minit je, sebab air Tiu Kelep sejuk sangat padahal jam 1 tengah hari tu. Ini serius!
- Kami turun dari Tiu Kelep dan sampai ke bawah jam 2 petang
- Mengisi perut di situ - 45k
- Selesai makan, kami bergerak ke lokasi seterusnya, Rinjani Traditional Village
- Kami beli cenderamata dan makanan ringan (Shapee and Chocolatos) -50k
- Sebelum balik ke hotel, kami singgah ke Pantai Senggigi -14k (tiket masuk)
- Kami habiskan stok maggie yang dibawa untuk hidangan makan malam ?
Nota: Pastikan warm-up sebelum hiking ke Tiu Kelep tu taw. Kalau tak, kejang la jawabnya keesokan hari.



Hari 4
- Hari ni hari terakhir kami di sini. ? Kami pergi bersarapan pada jam 7 pagi.
- Kami check-out hotel pada jam 9 pagi dan bergerak ke KUTA
- Pertama sekali, kami melawat ke Sukarara Village (boleh belajar tenun kain,hehe)
- Lepas tu, kami ke Sasak Village, ada banyak hasil kraftangan dan kain tenun untuk dibeli di sini -150k
- Seterusnya, kami ke Pantai Seger, di sini ada cerita bersejarah tentang Puteri Mandalika - 10k (pas masuk)
- Dan akhir sekali, kami ke Pantai Kuta untuk jalan-jalan dan cuci mata kali terakhir di Lombok
- Jam 6 petang, kami bergerak ke lapangan terbang dan boarding pada jam 7.30 malam
- Dan alhamdulillah, selamat sampai di Malaysia pada jam 11 malam



Nota: Kalau banyak masa, boleh teruskan percutian ke Bali pun best. Bali dah dekat sangat tu dengan Gili. Yang penting, sediakan duit je.
P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂
One comment on “Kembara 4 Hari 3 Malam Ke Lombok Dengan Modal RM420 Je. Berbaloi!”
assalamualaikum...tumpang iklan,saya menawarkan khidmat saya:
satu hari satu malam(7pg-8mlm)-500000RP TAK termasuk minyak kereta...apa keistimewaan khidmat saya?
-fasih berbahasa melayu(lahir dan bersekolah disana hampir 18 tahun,spm bm A)
-jadi pemandu peribadi puan/tuan untuk satu hari tu
-pembayaran dibuat setiap hari ketika dh smpai hotel pd malam hari(mengelakkan risiko duit burn/terpercaya)
-peramah(sudah semestinya)
-kereta mpv(avanza,grand livina)
apa lagi..pm saya di
whatsapp-+6283832481791
email-mohammadnorazlan@gmail.com
FB-Mohammad Nor Azlan