Pengembaraan 18 Hari Di Turki Dengan Bajet Kasar Hanya RM4500

Share Artikel

Artikel ini disunting dari perkongsian oleh Amer Syazwan. Beliau telah travel ke Turkey selama 18 hari.


Turkey Travelog 2017

Route: Istanbul - Bursa - Kapadokya - Pamukale - Antalya - Fethiye - Selcuk - Istanbul
Period: 25 Januari 2017 - 12 Februari 2017 ( 18 Hari)

Alhamdulillah tamat sudah bermusafir di negara Turki selama 18 hari dengan melawat lebih 8 negeri dengan 2 orang. Akan bahagikan posting ini kepada 3.

Pertama, secara umum, yang kedua lagi fokus pada itinerary dan tempat-tempat best dan yang akhir info-info tambahan untuk yang berhajat ke sana.

Ini adalah perkngsian saya setelah 18 hari berada di Turki.

Airport

Secara amnya, Turki ada 2 airport, Ataturk Airport dan Sabiha Gokcen Airport. Tapi kami turun di Sabiha sebab kurang sesak berbanding Ataturk sebab itu airport utama. Ambil masa dalam sejam setengah untuk ke istanbul. Dan rasa Sabiha lebih selamat.

Public Transport

Public transport dekat Turki tiptop, on time so tak payah risau. Nak pergi mana-mana, akan ada public. Senang cerita, achievable, kena faham route dan tahu nak berhenti mana. Bas, ferry, tram, teksi memang semua ada lengkap. Cuma bas semua kena book awal kalau selain off season.

4 Musim

Turki ada 4 musim. Winter, Autumn, Spring dan Summer. Kita orang pergi masa winter, so winter ni kira kalau kat mana tempat, macam off season la.

Hotel murah, aktiviti murah, barang shopping pun banyak diskaun. Cuma kene tahan sejuk je. Elakkan pergi masa awal dan pertengahan winter, untuk elakkan sama ada anda stranded tak boleh kluar hotel atau flight batal sebab salji tebal.

Nanti anda yang rugi tak boleh buat aktiviti.

Beli insurans untuk cover kos kerugian anda kalau flight batal ke apa ke tak adalah rugi sangat. Nasib kami baik sebab pergi hujung-hujung winter cuaca semua cun.

Musim yang sibuk adalah selain winter. T

empahan hotel, bas, flight semua kena awal kalau tak memang full. Nasib kami baik sebab walk-in saja untuk beli tiket bas untuk ke satu-satu negeri. So semua dapat saja tiket.

Winter season ni start cerah pukul 7.30 pagi. Tapi kedai buka lambat dalam pukul 10 pagi. Waktu siang pendek. Pukul 5-6 petang dah gelap. Lepas pukul 8 malam, kawasan jadi sunyi kedai banyak dah start tutup melainkan Istanbul.

Maybe sebab sejuk dorang lagi prefer panaskan badan dekat rumah.

Kemudahan Tandas

Tandas bayar. Haha mahal pula tu. Range 1-1.5 lira. Kalau convert dalam RM2 juga la untuk mengucil. And bersih gila. So better kalau jumpa tandas free, manfaatkan sebaiknya.

Makanan Halal

Makanan halal bersepah dan murah. Trust me murah.

Kebab makan sekali pun dah kenyang untuk one day. Kebab semua besar-besar pula tu. Boleh saja nak bawa makanan dari Malaysia, tapi tak perlu banyak sangat. And jangan lupa cuba manisan manisan di turki.

Lagi satu SOS Cili!

Haha sebab kat sana cuma ada sos tomato and mayonis. Takkan jumpa sos chili. Kami sendiri bawak sos cili peket-peket kecik kfc dan mcd sebab nak pedas tekak melayu lah katakan.

Duit

Nasib kami juga baik sebab kami datang masa duit turki tengah tak stabil dan jatuh. Kebiasaan kadar tukaran RM1 : TRY1.6. Tapi masa kami, cuma TRY1.2.

Memang jimat habis!

Tak terasa kos sangat sebab harga lebih kurang RM sahaja. Dan kami datang bawak EURO dari Malaysia. Jadi lagilah untung. Kalau tukar dekat Malaysia duit TRY siap-siap, agak mahal depa ambik 1.3-1.4 rate dia.

Bahasa

Seeloknya belajar lah bahasa turki sikit. Contoh:

  • Nereye: Tempat dituju
  • Merhaba: Hello
  • teşekkürler: Terima Kasih

Benda ni pun dah cukup penting untuk survive. Dorang pun teruja kalau kita reti cakap sikit-sikit. Di kawasan bandar, Inshaallah ada yang boleh bercakap BI.

Tapi di kawasan kampung macam Selcuk dan Antalya agak susah untuk communicate.

Tapi sepanjang berada 18 hari di Turki, tak pernah bila kita tanya dia orang akan tolak bulat-bulat. Dia orang akan tolong sampai la kita faham. Contoh dia orang akan tanya kawan dia orang yang boleh cakap BI and translate kat kita.

They are so helpful.

Ringankan mulut untuk bertanya sebab dia orang akan tolong.

Senibina

Bangunan dekat turki ni semua cantik-cantik baik siang dan malam. Kalau malam yang buat cantiknya sebab lampu-lampu dia memancar ke bangunan.

Macam menghala ke architecture bangunan tu sendiri la so memang nampak menyerlah gila. Lagi-lagi kalau flight sampai malam dari atas memang cantik gila.

Keselamatan

Mana-mana pun akan fikir soal keselamatan bila nak pergi Turki ni. Iyalah banyak jugak kes bombing dan sebagainya. But to be true, we feel safe masa kat sana.

Just elakkan pergi tempat yang ramai orang berkumpul, buat demo ke sebab itu antara sebab jadi target. Cepat-cepat jauh just to feel secure. Polis pun banyak.

Kalau nampak mereka berkawal, just leave that place cepat-cepat. But benda ni just jadi if we are at the right place but wrong timing. Berserah je.

Scammer

Alhamdulillah tak ada kena scam untuk saya trip kali ni. Sebab baca banyak review pasal scam kat Istanbul, taktik-taktik dia orang semua.

Cuma kawan terkena masa naik teksi. Dia cakap memang pakai meter, tapi dia orang adjust meter tu modified.

Ada lagi satu taktik masa kat Galata Bridge.

Someone just drop his things dekat jalan masa tu, and kami panggil balik bagi barang tu, and he offer kilatkan kasut kawan saya, but masa tu dah separuh kilatkan dah and saya rasa ni scammer nanti dia minta duit, terus tarik kawan dan cakap terima kasih kat orang tadi. Just to be safe. Buatnya kena pow.

Waktu malam is okay to be near the city. But kalau malam elakkan area taksim. Sebab itu kawasan drug dealer, pow, rompak, ape semua.

Patriotisme

Rakyat Turki terlalu cintakan negaranya. Indahnya Turki ni kita boleh tengok semua rakyat dia kerja keras untuk hidupkan negara dia orang.

Cara dia orang jaga tempat dia orang, cara bekerja memang awesome. You will feel the environment when arrive there. Dekat setiap bangunan, rumah, kedai akan ada bendera turki.

Bukan jarang-jarang tapi memang banyak.

Thats how they tell how they love their country. Nampak memang dia orang ikhlas (from my view lah).

Lain-Lain

Turni adalah sebuah negara yang dingin dan nyaman. Berbeza rasa angin dia. Tenang cool tak tahulah nak gambarkan macam mana.

Turki juga negara yang airport susah nak dapat wifi. Hotel baru ada wifi free.

Perbelanjaan

Perbelanjaan ini tidak termasuk belanja makan dan membeli-belah.

  • Insurans: RM194 (Platinum)
  • Flight
    • Qatar Airways return (RM1860 / pax)
      • KUL – SAW
      • SAW - KUL
    • Turkish Airlines one way (Anadolu Jet) (RM276 / 3pax)
      • SAW Kayseri Airport
      • RM92 / pax
  • Accommodation: RM2020 / 3pax (18hari)
    • RM673 / pax
  • Aktiviti: Hot Air Balloom VIP seat (65Euro / pax)
    • RM307 / pax
  • Other: (Museum, Bus Transport, Place Visit)
    • 1120TRY / pax (RM1344)
  • Total Per Pax: 194+ 1860 + 92 + 673 +307 +1344 = RM4470 / pax

Boleh jimat lagi sebab kami pergi banyak negeri. Kalau masa terhad just pergi Istanbul, Bursa dan Kapadokya pun dah cukup untuk Musim Sejuk.

Berbaloi-baloi!

Rate
RM1: TRY 1.2
1EURO: RM4.7

Akhir kata, selitkan Turki dalam destinasi anda satu hari nanti. Sebab memang berbaloi dan worth your money.


Hoping that one day you will be here!

Penulis boleh dihubungi melalui laman Facebook Amer Syazwan

Untuk lebih gambar, boleh buka album ini.

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

3 comments on “Pengembaraan 18 Hari Di Turki Dengan Bajet Kasar Hanya RM4500”

  1. Terima kasih tuan kerana sudi kongsi pengalaman tip pengembaraan di turkey. Saya bercadang untuk backpacking dengan rakan pada tahun hadapan mungkin masa autumn season. Nanti kalau ada kemusykilan boleh saya tanya tuan lagi.

  2. Terima kasih...kerana sudi beri Itenary yg sangat berguna. Semangat skit nk pegi tanpa guna travel agent

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open