Artikel ini ditulis oleh Khairul Naeim Z
Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke London?
Yang mana satu pilihan hati?
2 syarikat penerbangan yang terbang dari KUL ke LHR secara terus adalah
- Malaysia Airlines (MH)
- British Airways (BA)
Pada pendapat saya, saya memilih MH atas beberapa faktor.
Persamaan antara MH dan BA (kelas ekonomi)
- Tiada hot towel di sediakan
- Tiada kad menu disediakan
- Tiada amenities disediakan
- Tiba di London (Heatrow)
- Kedua-duanya adalah ahli One World
Perbezaan antara MH dan BA (kelas ekonomi)
- Check-in barang untuk MH adalah sebanyak 30kg dan boleh beberapa buah beg berbanding BA hanya 23kg untuk 1 beg
- MH mempunyai 2 penerbangan harian iaitu pada waktu pagi dan malam berbanding BA yang mempunyai 1 penerbangan iaitu pada malam sahaja.
- Hidangan makanan lebih lengkap dengan MH berbanding BA.
- Keluasan dan kelebaran tempat duduk adalah lebih dengan MH berbanding dengan BA. MH keluasan adalah 32inci berbanding BA 31inci dan kelebaran kerusi pesawat MH adalah 18inci berbanding BA adalahm 17.5inci
- Makanan dalam pesawat MH adalah halal berbanding BA dimana anda perlu request makanan halal sebelum perjalanan.
- MH menyediakan hidangan snek diantara hidangan utama tetapi tidak dengan BA
- IFE adalah lebih menarik dalam penerbangan MH berbanding BA (faktor ini adalah subjektif )
- Anak kapal MH adalah murah dengan senyuman berbanding BA (faktor ini adalah subjektif)
P/S: ini adalah pandangan peribadi saya








P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂