Anda pernah dengar tak pasal IOI City Mall yang baru saja dibuka di Putrajaya? Kemudian pernah tahu tak dalam IOI itu ada extreme park?
Kalau anda nak tahu dalam IOI ada extreme park iaitu DISTRICT 21 yang bertemakan taman pengembaraan atau dalam Bahasa Inggerisnya Adventure Park.
Taman tema ini mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi dan terletak di atrium yang berhawa dingin dengan 55ft dalam IOI City Mall.
DISTRICT 21 menyediakan 10 tarikan aktiviti kepada para pengunjung.
Ada fasilitinya masih lagi asing di Asia. Iyalah... mana nak dapat main extreme park dalam tempat ada air-cond kan?
Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan bersama, District 21 telah menerima sebanyak 5 Anugerah dari The Malaysia Book Of Records.
Wow!
Apa yang ada dalam extreme park ini?
Wall Climbing / Power Station
DISTRICT 21 menyediakan 7 jenis wall climbing yang berbeza tahap kesukarannya. Setiap dari wall climbing ini telah disediakan dengan auto belays bagi meningkatkan tahap keselamatan.
Anda dah bosan dengan wall climbing biasa?
Wall climbing di sini lain dari yang lain.
Sebaik saja anda memulakan cabaran di sini, anda memerlukan skill menyelesaikan masalah semasa memanjat sebagai salah satu daripada cabaran di dalam pakej tersebut.
Fuhh...

The Roller Glider
The Roller Glider di sini merupakan glider yang pertama di dunia yang dibina di dalam bangunan (indoor), berbeza dari yang biasa (outdoor).
Kalau nak tahu Roler Glider ini macam mana... Apa lagi ke IOI lah kita.

Kenapa kami kata roller glider ni lebih seronok dari flying fox?
Sebab ketika berayun, badan anda akan terbawa ke kiri dan ke kanan, bergantung kepada route. Berbeza dengan flying fox, di mana pergerakan dan ayunan badan hanya dalam satu arah sahaja.
Go Pedal
Menawarkan 100m trek kepada pengunjung yang ingin menguji kelajuan dan kemahiran mereka dalam membawa Go Pedal. Go Pedal ini seakan-akan macam Go Kart tapi tidak sama.
Go Pedal terdiri daripada daripada pelbagai saiz.

Pump Track
Pump Track adalah trek yang dihasilkan secara bumps, jumps and berms dimana para pengunjung boleh menunggang secara berterusan tanpa perlu mengayuh. Riders boleh memilih sama ada untuk berbasikal, skuter atau skateboard.

Low Ropes
Ya, siapa kata kanak-kanak cuma boleh tengok saja. Ada juga fasiliti untuk kanak-kanak di sini. Low Ropes dibina pada skala yang rendah jika dibandingkan dengan Sky Trail.

Trampoline / Launch Pad
Trampoline atau Launch Pad adalah tempat yang terbaik bagi pengunjung yang suka aktiviti melompat. Trampoline ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Siapa yang nak buat aksi ninja yang terbang-terbang itu bolehlah bermain di sini.

The Maze
The Maze dibina dengan kadar ketinggian 10m.
The maze ini macam laluan / terowong lah katakan di mana pengunjung perlu merangkak. Apa yang menarik ialah, pengunjung perlu pilih jalan mana yang betul, baru dapat keluar dari maze ini.
Kalau salah masuk, alamatnya anda akan jumpa jalan mati dan perlu patah baliklah jawabnya.
The maze juga sesuai untuk kanak-kanak.

Free Fall
A free fall jump adalah satu platform yang terbaik untuk melompat dari tempat tinggi. Terdapat sedikit perbezaan antaara free fall dan bungy jump dari segi kelajuan.
Bagi sesiapa yang nak cuba berlakon drama cina yang terbang-terbang itu, bolehlah cuba di sini.

Sky Trail
Sky Trail menawarkan 23 halangan yang pelbagai tahap kesukaran.
Apa yang menarik di Sky Trail ini ialah halangan dan ketinggian bukanlah satu cabaran (buat mereka yang tidak gentar pada ketinggian). Tapi yang menjadikan cabaran adalah selesaikan junction pada connector tali.
Tak faham?
Kenalah try sky trail ini.

Tubby Ride
Tubby ride macam main gelongsor. Tapi yang ini lagi menarik sebab direka khas dengan permukaan khas, seolah-olah pengunjung akan tergelincir.
Tubby ride ini boleh dilaksanakan secara solo, double or triple.

Carousel
Carousel, macam menarik saja bunyi. Ini extreme game ke?

Untuk maklumat lanjut boleh layari di facebook DISTRICT21.
P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂