Nak Kerja Di Australia? Wanita Ini Kongsikan Cara Elak Ditipu Agent Untuk Mohon Bridging Visa.

Share Artikel

Artikel ini disunting dari perkongsian Nora Firdaus tentang permohonon BRIDGING VISA.


Anda dinasihatkan supaya tidak menerima bulat-bulat apa yang dikongsikan dalam artikel ini tanpa membuat kajian lanjut. Dapatkan juga maklumat dari sumber rasmi yang lebih dipercayai.


PERHATIAN: RAKYAT MALAYSIA YANG NAK DATANG BEKERJA DI AUSTRALIA

Cara elakkan diri dari tertipu dengan agent yang tidak diiktiraf dan tidak berdaftar.

Saban tahun ramai rakyat Malaysia yang ingin berhijrah ke Australia sama ada untuk bekerja dan terus menetap di sini.

Disebabkan permintaan tinggi, ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk menipu dengan menjanjikan visa dan pekerjaan di Australia.

Rata-rata indivitu yang ditipu adalah mereka yang ingin ke Australia untuk bekerja di ladang.

Agent tidak berdaftar / scammer ini mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi. Ada yang mengenakan bayaran dari RM3500 - RM10,000.

Nilai ini sangat tinggi, ada unsur penipuan dan penganiayaan terhadap mereka yang ditipu. Untuk mendapatkan pekerjaan di Australia tidak ada sebarang bayaran pendahuluan pun.

Fremantle, Western Australia.

Fenomena ke-2 berlaku di Australia adalah menawarkan perkhidmatan untuk memohon PROTECTION VISA SUBCLASS 866 (XA) atau lebih dikenali BRIDGING VISA di kalangan rakyat Malaysia.

Rata-rata ramai tertipu dan kurang faham apa visa ini. Ada sebahagian yang memohon visa ini tanpa memikirkan masalah yang akan berlaku dimasa depan.

Ada agent mengenakan caj perkhidmatan dari AUD300 - AUD5000 untuk satu permohonan. Bayaran ini kononnya adalah untuk khidmat mereka menyiapkan kertas kerja dan sebab-sebab yang hebat untuk pemohon.

Untuk makluman jika anda buat sendiri protection visa bayaran yang dikenakan pihak imigresen Australia adalah AUD35 sahaja.

AUD300 untuk servis caj perkhidmatan agent masih boleh diterima.

Tetapi jika melebihi AUD500 itu adalah penganiayaan dan penindasan. Lebih teruk jika agent yang dibayar mahal ini tidak berikan informasi yang lengkap tentang protection visa yang dipohon menyebabkan masa depan pemohon dalam keadaan samar seandainya visa ini gagal / refuse.

Apa itu protection visa?

Protection visa ini dimohon oleh mereka yang meminta perlindungan dari kerajaan Australia atas sebab tertentu. Seandainya mereka balik ke negara asal mereka akan dihukum, dibunuh, atau berlaku kekecaman ke atas mereka samada secara fizikal atau mental.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi kayu ukur dalam memohon visa ini iaitu disebabkan penukaran agama, perbezaan politik, kewarganegaraan, atau berminat untuk menjadi gay / lesbian.

Setiap permohonan untuk protection visa harus mengemukakan bukti yang kukuh.

Contohnya.

Anda memerlukan perlindungan disebabkan anda berhutang dengan ahlong dan jika anda pulang nyawa anda diancam. Semua sebab yang anda beri ini perlu dikemukan bukti yang jelas dan tepat.

Namun kini di tahun 2017 ramai rakyat Malaysia yang memohon protection visa telah menyebabkan banyak permohonan ditolak.

Malaysia adalah negara kelas pertama yang mempunyai kestabilan politik.

Dengan kata lain tiada keganasan / peperangan, mempunyai perlembagaan iaitu jika mereka diancam ada badan yang akan melindungi mereka iaitu Polis dan lain-lain.

Kesilapan berlaku apabila ramai yang tidak faham fungsi protection visa. Untuk mendapatkan visa ini sangatlah susah dan banyak akan diuji untuk mendapatkan visa ini.

Jangan mohon protection visa jika anda masih muda berumur lingkungan 18-35 tahun kerana kita tidak tahu apa akan berlaku dimasa depan.

Fremantle, Western Australia.

Apabila anda memohon visa dan mengisi butiran diri, keluarga, adik-beradik dan ibu-bapa, semua maklumat ini akan disimpan dan direkod di dalam database imigresen.

Maklumat keluarga ini berpotensi menyusahkan ahli keluarga anda di masa akan datang.

Contohnya.

Anda memohon protection visa, permohonan visa anda ditolak, anda menetap secara haram di Australia. Ini menyebabkan rekod anda tidak cantik.

Sekiranya ada ahli keluarga anda ingin ke Australia.

Kebarangkalian mereka dilarang masuk ke Australia adalah tinggi dan turut boleh menyebabkan mereka sukar untuk memohon lain-lain visa.

Kepada pemohon protection visa, kesan di masa akan datang adalah mereka susah untuk mendapatkan pertolongan daripada mana-mana agensi untuk memohon visa lain.

Jika anda telah memohon protection visa, secara automatik anda tidak layak untuk memohon atau menukar kepada student visa. Anda tidak lagi berpeluang untuk meneruskan kehidupan di Australia sekiranya visa protection anda ditolak.

Tiada lagi peluang anda di sini jika visa anda gagal.

Nasihat saya, jika masih muda janganlah mohon protection visa kerana kita belum tahu jika sekiranya kita nak kembali lagi ke Australia di masa akan datang.

Sila fahami dan ambil tahu sebelum membuat permohonan protection visa.

Jangan ikut kawan dan sebagainya.

Ada yang terkeliru Protection Visa dengan Visa Bridging A, B, C, D dan E. Rata-rata mereka tidak faham apa itu bridging dan beranggapan bridging itu adalah visa mereka telah lulus untuk menetap di Australia.

BRIDGING VISA dalam ayat paling mudah adalah visa menunggu. Visa ini diberikan kepada pemohon ketika pihak imigresen dalam proses untuk meluluskan permohonan visa yang dipohon.

Sebagai contoh bagi yang memohon protection visa, sementara pihak imigresen membuat keputusan sama ada lulus / gagal mereka akan diberikan visa bridging.

Mereka ini akan mendapat manfaat sama seperti visa yang sedang dipohon. Contohnya dari segi visa condition:

  • Mereka mendapat hak untuk bekerja, hak untuk hidup di Australia tanpa ganguan, hak untuk belajar dan sebagainya.

Kategori Bridging terbahagi kepada beberapa bahagian. Paling banyak memohon adalah BRIDGING A dan BRIDGING C.

  • Bridging A - adalah permohonan yang dibuat sebelum visa sebelum tamat. Contoh VISA ETA belum tamat, mereka memohon protection visa / student visa dan secara automatik mereka dapat bridging A.
  • Bridging C - adalah yang membuat permohonan ketika visa pemohon telah tamat tempoh atau mereka telah menjadi illegal.

Untuk lebih mendalami info sila rujuk web immigration Australia.

Tips Elak Ditipu

  1. Sebelum memohon apa-apa visa sila gunakan carian google untuk mendapatkan info yang tepat.
  2. Jangan mohon visa sebelum tahu kebaikan, keburukan visa tersebut di masa akan datang
  3. Rujuk kepada website department of Immigration and Border Protection Australia untuk mengetahui segala info.
  4. Rujuk kepada orang yang bertauliah seperti peguam, migration agent, study agent untuk sebarang info tambahan.
  5. Jangan buat pembayaran jika 'agent/scammer' tidak memberikan anda info yang tepat.
  6. Jangan semudahnya memberikan wang kepada mereka untuk membuat permohonan visa.
  7. Pastikan anda tidak mengikut kawan untuk memohon apa-apa visa.
  8. Pastikan anda kaji dan selidik terlebih dahulu latar belakang 'orang' yang akan membuat permohonan anda.
  9. Pastikan anda sentiasa berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan.
  10. Sentiasa bertanya dan cuba ambil tahu keadaan visa semasa, bukan terikut trend yang hot sahaja.
Moore River Beach, Western Australia.

Semoga, info di atas bermanfaat kepada mereka yang bakal atau telah pun berada di Australia.

Dari pengalaman saya, ambilah keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Australia sebagai satu titik untuk membina kerjaya di sini secara sah.

Laluan sebagai pelajar disini sangat cerah untuk membina kerjaya di masa depan.

Saya ucapkan selamat maju jaya yang ingin menjadi anak rantau.


Semoga artikel ini bermanfaat buat anda. Jangan lupa share artikel ini sekali.

Share:

15 comments on “Nak Kerja Di Australia? Wanita Ini Kongsikan Cara Elak Ditipu Agent Untuk Mohon Bridging Visa.”

  1. Salam
    Picking blueberry start sikit2 hujung bulan ni. Berminat boleh whatsapp or call.
    Buat yang di Malaysia nak ke Australia boleh hubungi saya. Tiada agen fee. Saya cuma guide sahaja.
    +61456637718 firdaus
    Lokasi coffs harbour nsw

    Visa protection saya boleh buat 100aud upah

  2. Maaf info ni bagus CUMA KURANG TEPAT pada setiap point dia bagi. Jadi mohon penulis semak semula penulisan info anda

  3. TQ.Saya telah baca artikal di atas.Apa nasihat anda jika orang Malaysia pergi ke Australia atas tujuan sosial visit.tetapi ada niat untuk bekerja sebagai petik buah di ladang,sekarang ini pun mereka sudah ada di Australia.

  4. For someone need to apply for Bridging visa A or Bridging visa c can pm or whatsapp +61422438811..$250aud + 1st time review...

  5. Hi.sir.madam
    May name shamim now I'm working Malaysia with I'm Bangladesh citizen I'm Malaysia working 8 years I would like working to Australia
    Now .How where to apply visa and permit working Australia
    Thanks

  6. Hi . Sir medam
    May name Mohammed shamim
    Now I'm working Malaysia
    What I Bangladesh citizen
    I Malaysia working 8 years
    I would like to working Australia
    Now. How.Where apply to visa and working permit Australia
    Thanks
    Hi. Boos
    bule tolong Boos fun number bule minta bagi saya fun number WhatsApp =01127337435 please call
    Terima kasi

  7. Dgn tourist visa selama 3 bulan, dlm 2 bulan nk tamat tu bolih saya mohon brdging visa c tak..

  8. Hi..
    Sy kamarol,
    Sy plan nk kerja di Australia tahun depan.. Apa steps pertama yg perlu sy lakukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open