
Rasanya, ramai yang pernah tengok filem Lord of The Rings kan? Dan pasti ramai juga yang tahu tentang kewujudan "hobbit house" di luar negara tu. Cantik kan?
Sayangnya, jauh pulak nak pergi sana kan.
Jadi, nak tak kalau kami bawa anda ke Dome Villa Lombok yang seakan-akan "hobbit house" ni. Lagi dekat nak pergi kan. Sebelah je ni ha dengan negara kita ni.
Tunggu apa lagi? Jom ikut kami!
Mentigi Bay Dome Villa
Resort ini terletak di atas sebuah bukit yang menghadap ke arah laut biru. Pastinya dapat membangkitkan suasana yang tenang dan rileks.
Setuju?

Walaupun vila ini kelihatan pelik dari luar, tapi anda pasti akan terpegun apabila melangkah masuk ke dalamnya.
Mana tak nya. Dari tempat tidur, pun boleh nampak laut. Cantik sangat-sangat wei.

Ada beberapa pilihan dome villa yang boleh dipilih. Semuanya bergantung pada bajet anda. Kalau nak dome yang ada kolam mandi peribadi pun boleh.




Macam mana nak ke sini?
Senang je. Dari Bali, anda boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara atau bot untuk terus ke Mentigi Bay ini. Kalau anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, bolehlah menaiki kereta sewa atau teksi untuk ke sini. Ia cuma memakan masa lebih kurang 2 jam je. ✌️
Aktiviti Yang Disediakan
Pengunjung di sini berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti air. Antaranya ialah, snorkeling dan bermain ski air. Selain itu, anda juga boleh menunggang kuda dan jungle treking di bukit berdekatan Mentigi Bay ini.
Lokasi tarikan yang ada di Indonesia adalah Gili. Ia adalah syurga lautan bagi pengunjung yang datang untuk snorkeling di sini. Perjalanan ke Gili dari Mentigi Bay hanya 10 minit dengan menaiki bot laju. Perkhidmatan ini ada disediakan oleh pihak Mentigi Bay. Tapi, mungkin ada bayaran yang dikenakan mengikut pakej yang anda pilih.
Kemudahan Lain
Mentigi Dome Villa ini terletak begitu strategik sekali. Iaitu di tanah lereng bukit dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Kawasannya pun luas dan selesa. Jadi, ia sangatlah sesuai untuk majlis perkahwinan, acara keluarga dan apa-apa aktiviti yang melibatkan jumlah tetamu yang ramai.
Tempahan dan Maklumat Lanjut
Emel: Mentigi Bay
Tel: +62 35329244
Website: Mentigi Bay Lombok-Indonesia
P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂
One comment on “Dome Villa Lombok Versi Rumah Hobbit Atas Bukit”
Nice