Itinerari dan tips lengkap ini disunting dari perkongsian Puan Haraza atau dikenali sebagai Cik Kiah di Facebook. Ikuti percutian di Korea selama 9H8M Puan Haraza dan suaminya.
Memandangkan ramai yang pm, wasap dan komen minta saya kongsikan itinerary dan bajet travel ke korea aritu, maka hari ini saya kongsikan semua dengan anda.
Saya pergi ke Korea aritu pakai redah saja. Tak pakai khidmat tour guide, itinerary pun tak study mana. Pada hari nak jalan baru saya rancang nak ke mana.
Sebab nak santai-santai, tak nak tergesa-gesa saya pergi bercuti lama sikit.
Antara tempat menarik di Korea yang sempat dikunjungi:
- Ewha University
- Ewha Street
- Nami Island
- Morning Calm Garden
- Deoksugung Palace
- Itaewon
- Namsam Tower
- Haneul Park
- Gwangjang Market
- Hongdae
- Dongdaemun Market
- Namdaemun Market
- Myeongdong Street
- Gangnam Street
- Bukchon Hanok Village
- Gyeongbokgung Palace

Hari Pertama
Hari pertama bertolak dari Kuala Lumpur ke Incheon Airport menaiki Air Asia X. Flight pukul 7 pagi dan sampai di Incheon Airport pukul 3 petang. Dari airport terus cari train pergi ke Hongik Station.
Sampai di Hongik Station pula terus pergi ke Boa Travel Guesthouse.
Malam saya lepak di area Hongdae Street memandangkan jaraknya dekat dengan guesthouse saya menginap. Nak ke sana boleh jalan kaki saja.
Di Hongdae Street apa yang best?
Hongdae Street ini kawasan budak-budak muda. Kelibat gadis dan jejaka Korea banyak terlihat di sini. Suasana malam minggu memang meriah di sini dengan street dance dan kpop.
Hari Ke-2
Hari ke-2 saya jalan-jalan di kawasan sekitar Ewha University dan Ewha Street. Waktu autumn pemandangan di Ewha University sangat cantik dengan daun-daun yang colorful.
Ewha Street ini student area jadi ia tempat shopping yang murah berbanding tempat lain.
Lunch saya pergi ke kedai yang namanya Gosame dekat Sinchon.

Hari Ke-3
Hari ke-3 saya pergi ke Nami Island and Morning Calm Garden. Di Nami Island kita tak perlu risau sangat tentang makanan halal. Ada banyak makanan halal di sini.
Bila anda menjejakkan kaki di Nami Island, jangan lupa untuk cuba dan rasa sendiri nasi goncang tahu!
Morning Calm Garden pun anda wajib pergi.
Ada banyak bunga yang cantik-cantik dekat garden ini. Naik bas dari Nami Island nak Morning Calm Garden ambil masa lebih kurang sejam setengah.
Standby siap-siap ubat yang perlu. Makan pun jangan kenyang sangat.
Jalan nak ke garden ini bengkak-bengkok. Boleh menyebabkan mabuk dan muntah-muntah.
Jalan naik ke Genting Highland pun tak seteruk jalan nak pergi ke garden ini.



Hari Ke-4
Hari ke-4 saya ke Deoksugung Palace. Dah puas di sini, lepas itu baru pergi ke Itaewon dan Namsam Tower pula.
Pemandangan di Deoksugung Palace waktu musim luruh sangatlah cantik.
Di Itaewon mudah nak cari makanan halal.
Ada banyak restoren halal dan senang nak cari sebab restoren berdekatan dengan masjid. Saya sempat lunch di Eid Restaurant. Makan di restoren ini sumpah sedap. Kena cuba kalau anda datang ke Itaewon.
Petang itu kami ke Namsam Tower pula selepas suami habis solat Jumaat. Katanya, dia nak lock kunci dekat atas tower.


Hari Ke-5
Pada hari ke-5, pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk pergi ke Haneul Park. Dekat sini ada satu taman. Taman ini pula penuh dengan pokok lalang. Sangat lawa kalau buat photoshot.
Lalang pun nampak cantik.
Seterusnya kami pergi ke Gwanjang Market.
Orang kata dekat market ini murah kalau beli kain cotton. Saya sempat borong 9 helai kain cotton dekat sini. Lepas shopping kami terus balik ke Hongdae sebab pada hari itu cuaca sejuk sangat.
Tak tahan sejuk.

Hari Ke-6
Hari ke-6 bersiap-siap pula untuk ke Bukchon Hanok Village dan Gyeongbukgung Palace. Saya rasa teruja sangat sebab teringin nak pakai hanbok macam puteri raja. Lepas pusing-pusing dekat 2 tempat ini, kami pergi ke Insadong Street pula untuk beli souvenir.
Kata orang beli souvenir di Insadong Street lagi murah. Dekat sini pun saya sempat juga beli sikit souvenir. Lepas ini nanti saya kongsi dengan anda tempat untuk beli souvenir yang lagi murah dari Insadong Street.
Lepas puas meronda di Insadong Street, kami menuju pula ke Han River Park. Tapi kami tak duduk lama di Han River Park sebab pada hari itu pun suhu sejuk sehingga mencecah suhu negatif.
Sejuk sangat... tak tahan menggigil.
Hari Ke-7
Hari ke-7 kami pergi ke Dongdaemun Plaza, Namdaemun Market dan juga Myeongdong Street.
Di Myeongdong saya ada lepak di cafe dan saya juga sempat beli brooch dekat sini. Lunch pula di Busan Jib Restautant. Sedap juga makanan dekat sini.

Hari Ke-8
Hari ke-8, hari free and easy. Pergi ke Gangnam Street.
Orang kata ini tempat orang have have dan artis kpop lepak. Kedai di sini pun agak mahal dibandingkan dengan tempat lain.
Petang itu kami balik semula ke Hongdae dan malamnya kami terus ke Airport Incheon.
Kami tidur dekat airport sebab esok takut terkejar-kejar. Okey saja kalau tidur di airport sebab pada masa itu ramai orang menunggu flight masing-masing.
Flight kami dari Incheon ke Kuala Lumpur esok pukul 9 pagi.
Tips Dan Panduan Travel Ke Korea
Ini antara tips dan panduan yang turut dikongsikan oleh Puan Haraza sekiranya anda ingin bercuti di Korea.
- Boa Travel Guesthouse
- Guesthouse ini sangat best. Selain lokasinya yang stategik, berdekatan dengan Hongik Station, di sini juga ada restoren halal di tingkat 1.
- Anda patut cuba maka di sini. Makanan dia sedap juga. Peralatan memasak di dapur pun disediakan berasingan untuk muslim. Tak campur dengan yang lain.
- Bilik di sini sangat selesa dan bersih. Ada bilik air private dan ada heater. Taklah sejuk ketar bila nak tidur.
- Aplikasi Halal Navi Guide
- Jika nak mudah cari makanan halal, anda install aplikasi ini siap-siap dalam telefon. Senang nanti.
- Aplikasi Google Maps
- Untuk ke mana-mana anda boleh guna Google Maps. Boleh pergi ker destinasi naik bas dan subway. Ada masa naik bas lagi senang sebab tak perlu turun naik subway.
- Beli Luggage
- Jika anda memang dah rancang nak shopping di Korea ambil sekali luggage add-on siap-siap waktu beli tiket flight ke Korea. Kalau beli waktu di airport harga dia akan jadi lebih mahal dari biasa.
- Satu lagi di airport Incheon tiada servis wrap luggage.
- Shopping Souvenir
- Kalau anda nak beli souvenir murah boleh pergi ke Doota Plaza di Dongdaemun. Di tinggat 6 ada kedai nama Arirang.
- Lepas banding kedai dan banding harga, souvenir di kedai Arirang ini memang lebih murah berbanding di Insadong.
- Harga Makanan Mahal
- Harga makanan di Korea agak mahal. Waktu ke Korea, kami makan sekali sehari dan makan malam pula makan nasi instant.
- Nasi instant boleh beli di speedmart dan panaskan. Makan dengan serunding atau dengan lauk bawa dari Malaysia.
- Makanan Halal
- Tempat makanan yang halal banyak di Itaewon.
- Dekat Myeong Street pun banyak makanan halal asalkan anda pandai pilih. Anda boleh cuba makan di sini.
- T-Money
- T-Money ini macam Touch n Go.
- Boleh guna bayar bas dan subway. Boleh juga guna untuk bayar di mart terpilih.
- Nasi Island
- Jika nak ke Nami Island, elok pergi pada awal pagi sebab jarak perjalanan yang agak jauh.
- Rancang Dari Awal
- Sebenarnya banyak tempat menarik di Seoul yang tak sempat kami pergi. Sebab trip kami kali ini sangat last minute.
- Tiket flight dan hotel pun book last minute. Jadi kalau anda nak datang ke Korea elok rancang dari awal.
- Shopping
- Jika anda nak beli baju yang stylo dan murah, baik anda pergi ke Myeongdong Street. Dekat sana ada lagi banyak pilihan.
- Nak beli barang yang stylo boleh ke Hongdae Street. Harga dekat sini pun tak adalah ketuk gila-gila.
- Ubat Dan Skincare
- Jangan lupa sediakan juga ubat dan skincare yang sesuai.
- Waktu saya pergi suhu terlampau sejuk menyebabkan kulit jadi kering dan kusam. Saya bawa skincare dari Honeybee.
- Alhamdulillah sangat elok dan kulit kering pun kurang.







Budget Dan Kos
Tiket Air Asia: RM2300 (return)(x2 orang)
BOA Travel Guesthouse: RM1100 termasuk tax
Makan: RM700
Entrance Fee & Tiket: RM150
T-Money: RM450 (x2 orang)
Baju Hanbok: RM160 untuk 2 jam (x2 orang)
Travel Wifi: RM135 tidak termasuk deposit RM200
Shopping: Secukup rasa
Jumlah keseluruhan tidak termasuk shopping RM5000++
** Budget ini boleh buat lagi murah. Bergantung kepada berapa hari nak pergi dan harga tiket flight. Waktu saya beli tiket tak ada harga promosi.
Kalau dapat beli tiket pada harga promosi boleh murah lagi.
Boleh jimat banyak lagi.
Sekian sahaja tips dan perkongsian budget dari saya. Harap ia dapat membantu anda yang sedang rancang nek travel ke Korea.
Jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan anda ya. Semoga bermanfaat.
2 comments on “Autumn Di Korea Pasti Buat Anda Geram Nak Ke Sana”
Assalammualaikum.
cantik2 gambar cik didalam entry ni. teringinnya nak pergi ke korea .
boleh saya tau masa cik pergi ni dalam bulan bila ya? nak dapatkan daun2 daun autumn yang cenggini. tq jika sudi membalas.
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.
Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.
Salam perkenalan dari kami Team Naracards.