Siapa dekat sini yang belum menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu? Cepat mengaku! hehe.
Jangan risau. Kami bukan nak marah pun. Tapi, kami nak kongsikan pada anda tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu yang anda perlu terjah bila ke sini.
Jadi, apa lagi?
Penginapan
Pilihan penginapan bergantung kepada bajet anda.
Bagi anda yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, sebaiknya anda memilih untuk menginap di kawasan Warisan Square dan Jalan Gaya.
Ini bagi memudahkan anda untuk mendapatkan akses kepada pengangkutan awam.
Senang kan?
'Mutiara' yang Wajib Anda Teroka di Kota Kinabalu
Destinasi menarik di Kota Kinabalu ini merupakan antara 'mutiara' yang amat bernilai bagi Negeri di Bawah Bayu ini.
Bagi anda yang ingin merehatkan minda dari kesibukan kerja sambil cuci mata melihat keindahan panorama yang cantik, Kota Kinabalu adalah jawapannya!
Anda pasti sukakannya!
1. Masjid Terapung Kota Kinabalu
Masjid ini terletak cantik di persisiran pantai yang sangat indah. Bersesuaian dengan namanya, masjid ini dibina di atas air. Ianya kelihatan seperti sebuah masjid yang dibina di tengah-tengah sebuah kolam yang besar.
Jika anda teliti beberapa sudut pandangan di sekitar masjid ini, anda akan lihat, bahawa masjid ini mempunyai beberapa persamaan dengan Masjid Nabawi Al-Munawwarah.
Ini yang membuatnya kelihatan begitu mengkagumkan dan sangat unik!

2. Menara Pemerhati Bukit Bendera
Menara ini juga dikenali sebagai Signal Hill Observatory. Tempat ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk melihat hampir keseluruhan pemandangan seluruh Bandaraya Kota Kinabalu.
Dianugerahi dengan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik menjadikan menara ini selalu dikunjungi penduduk tempatan serta pelancong asing.
Dari menara ini juga, kita boleh nampak Jesselton Point dan kapal terbang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Jangan risau, anda tidak akan terlepas peluang untuk melihat kapal terbang tersebut. Sebabnya, selang 2-3 minit, pasti akan ada kapal terbang yang berlepas.

3. Mari Mari Cultural Village
Di sini, anda boleh memahami dan mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai budaya orang Asli di Sabah. Terdapat 5 suku kaum di setiap kampung yang akan menunjukkan cara kehidupan seharian mereka dari segi berpakaian dan keadaan rumah mereka.
Yang lebih menariknya ialah, anda boleh melibatkan diri dalam demo memasak, membuat madu dan melihat semua jenis tarian tradisional hanya di satu tempat sahaja!
Mesti best kan!
Bukan sekadar teori, siap disediakan praktikal sekali. hehe.

4. Desa Dairy Farm/Desa Cattle
Ladang yang popular dengan gelaran Mini New Zealand ini terletak di Mesilau, Kundasang. Iaitu lebih kurang dalam 30 minit pemanduan dari Taman Negara Gunung Kinabalu.
Cuaca yang sejuk, dan ladang yang menghijau, akan membuatkan anda terbang jauh dari tekanan kerja dan kesibukan kota.

Ni best taw!
Anda boleh juga melihat Gunung Kinabalu dari Desa Daily Farm ni. Dan masa yang paling sesuai ialah pada waktu pagi sebab Gunung Kinabalu masih belum diselubungi awan.
Kalau terlambat, melepaslah nak tengok keindahan Gunung Kinabalu tu nanti. hehe.
Anda juga berpeluang untuk melihat pekerja melakukan proses memerah susu di sana. Proses perahan susu ini dilakukan setiap hari, tapi hanya pada jam 3-5 petang sahaja.
5. Pangkalan Jesselton (Jesselton Point)

Last but not least, ini adalah tempat kegemaran untuk kaum Hawa!
hehe.
Nak tahu sebab apa?
Sebabnya, Jesselton Point ni bukan hanya sebagai Terminal Bot sahaja ya, tapi inilah juga tempat untuk bersantai dan membeli-belah.
Sambil bersantai, bolehlah bershopping sekali. Suka kan?
Jesselton Point antara tempat yang wajib untuk dilawati kerana panoramanya yang sungguh cantik dan ia sering menjadi port untuk mereka yang obses dalam bidang fotografi.
Cenderahati untuk Yang Tersayang
Hasil tinjauan kami, kebiasaannya pelancong akan pergi ke pasar-pasar di sekitar Kota Kinabalu bagi membeli cenderahati untuk diberikan kepada kenalan mereka.
Cenderahati seperti beg galas, beg berotan dan baju, kami cadangkan anda untuk pergi ke Pasar Krangkraf.
Tapi bagi mereka yang nak mencari mutiara cantik dengan harga berpatutan di Kota Kinabalu, bolehlah membeli-belah di Pasar Malam Kampung Air. Anda pasti terpesona!
Untuk mereka yang gemarkan ikan masin tu, bolehlah ke Pasar Ikan Masin. Anda akan berpuas hati kerana ikan masin yang dijual di situ, memang murah dan berpatutan.
Dan paling penting sekali, carilah peniaga yang peramah, untung nasib, dapatlah tawar-menawar harga best-best nanti.
haha.


Mesti anda dah tak sabar nak sampai ke Kota Kinabalu kan? Untuk tengok sendiri kecantikan dan keindahan alam semulajadi di sana! haha.
Apa lagi yang di tunggu tu? Jom lah kita bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah bah!
Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.