Mari Bercuti Ke Tanah Aina Farrah Soraya

Share Artikel

Siapa dekat sini pernah pergi Tanah Aina? Cuba angkat tangan sikit. Nak tengok. Siapa sebenarnya Aina ni? Tanah Aina ini lokasinya di Raub, Pahang.

Nama pendek Tanah Aina. Tapi nama panjangnya pula Tanah Aina Farrah Soraya. Sweet je kan nama?

Perjalanan ke sini hanya ambil masa sejam dari Kuala Lumpur. Sesuai sangat-sangat jika anda ingin berehat dan lari dari suasana hiruk-pikuk kota.

Tapi sebelum anda ke sini, mohon beritahu rakan di media sosial anda dulu yang anda tidak akan dapat berhubung kerana liputan internet memang tiada.

Ini barulah dikatakan kembali ke alam semula jadi. Selamat tinggal kesibukan dunia, selamat datang ketenangan dan alam semula jadi.

papan-tanda-tanah-aina
Papan Tanda Tanah Aina Farrah Soraya

Asal Usul Nama Tanah Aina

Tanah Aina ini sebenarnya diusahakan oleh Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Ramai yang tak tahu sebenarnya Tanah Aina ini adalah rangkaian resort.

Tapi bukan setakat resort sahaja.

Ada juga kafe, fitness centre dan steamboat.

Menarik kan?

Nama-nama resort ini pula dinamakan sempena anak dan cucu Puan Sri Sabrina. Nanti bila ada anak cucu ramai, anda boleh buat macam ini.

Senang nak ingat nama. Haha

Tanah Aina Farrah Soraya

Selepas tiba di kawasan Tanah Aina Farrah Soraya, anda perlu menaiki kenderaan 4x4. Rasa mencabar pulakan?

Nanti anda akan menelusuri pohon-pohon hijau, ditemani oleh bunyi-bunyi unggas dan serangga sepanjang perjalanan. Berdamai dengan alam, berkawan dengan angin yang sepoi-sepoi meniup ke muka.

Syurga...

tanah-aina-bilik
Honeymoon Chalet

Siapa yang patut pergi ke sini?

Tanah Aina ada banyak aktiviti sesuai untuk semua. Lagi ramai lagi meriah.

Tak kira sama ada anda berkeluarga, nak berbulan madu atau backpacking dengan kawan-kawan. Semua boleh buat di sini.

Malah aktiviti untuk syarikat pun ada. Tanah Aina menyediakan aktiviti-aktiviti team building. Anda boleh runding terus dengan mereka.

Tanah Aina menyediakan lebih kurang 13 jenis bilik.

Dari harga serendah RM270 seorang hinggalah RM340 seorang.

Harga yang berbaloi bila dibandingkan dengan keadaan bilik dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Boleh pilih yang mana satu idaman kalbu.

Yang penting, semua cantik-cantik belaka.

Aktiviti Di Tanah Aina

Sebenarnya harga yang anda bayar itu sudah termasuk sekali dengan guided trekking, guided morning walk, dan guided night walk.

Nak buat aktiviti itu pula tengok dulu keadaan cuaca.

Yang paling seronoknya aktiviti guided trekking ada sesi Leap of Faith. Semua peserta WAJIB terjun. Ketinggian lebih kurang 17 meter dan akan terjun ke dalam sungai.

Tak reti berenang?

Tak mengapa.

Semua akan pakai pelampung keselamatan. Jadi tiada istilah tak reti berenang.

Selain dari aktiviti tu, sebenarnya banyak lagi aktiviti yang Tanah Aina sediakan seperti Paintball Hutan, Kebun Organik dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi?

Jom bercuti ke Tanah Aina Farrah Soraya. Jumpa di sana!

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open