Artikel ini telah disunting dari perkongsian oleh Marya Yanie. Dia telah bercuti di Boracay, Filipina selama 5 hari dari 17-21 Ogos 2017. Ikuti perkongsian ini.
Percutian Bajet ke Boracay
Hello guys.
Seperti yang dijanjikan saya kongsikan budget percutian untuk 4 orang selama 5 hari di Barocay, Filipina. Anda boleh baca untuk dijadikan sebagai rujukan.
Tiket Penerbangan
JB - KUL: RM83++
KUL - KALIBO: RM358++
Harga return per person. Jika nak lagi murah tunggu bila ada promosi tiket murah Air Asia.
Penginapan
Lolas Lodge 5D4N: RM561++ (4 orang)
Lodge ini berdekatan dengan D'mall di Station 2. Ada 2 katil double decker, dapur, TV dan attached bathroom. Biliknya tidak berapa besar tetapi boleh buat sampai 8 orang.
Kekurangan di sini internet wifi dia tak berapa best. Kalau anda guna local simkad pun sama juga.
Pengangkutan
Untuk ke Boracay Island dari Kalibo Airport, anda perlu menaiki 3 jenis pengangkutan.
Kalibo - Jeti Caticlan:
- Naik van / private car.
- Harga dia RM21 @ 250 Peso seorang untuk perjalanan sehala.
- Perjalanan mengambil masa 2jam.
- Bila sampai di jeti anda kena bayar Terminal Fee dan Environment Fee sebanyak RM15 @ 175 Peso seorang.
- Nak balik nanti bayar Terminal Fee sekali lagi. Tapi tak payah bayar Environment Fee dah. Terminal Fee kena bayar dalam 50 Peso seorang.
Jeti Caticlan - Boracay
- Baik bot.
- Harga bot sudah termasuk dalam 250 Peso yang dibayar waktu tiba tadi. Jadi tak payah apa-apa dah.
Boracay Island - Tempat Penginapan
- Naik tricycle (ala-ala tuk-tuk).
- Tricycle kecil RM9 @ 100 Peso. Tricycle besar RM13 @ 150 Peso. Jadi kalau datang 4 orang boleh kongsi-kongsi bayar. Dapat lagi murah.
Aktiviti
Untuk aktiviti di Boracay, kami berurusan dengan Mr Willy Berdonar. Dia yang tolong uruskan aktiviti kami di Boracay.
Harga yang kami dapat RM393 @ 4500 Peso seorang termasuk sekali dengan entrance fee.
- Island hopping ( Crystal Cove, Cliff Jumping, Snorkeling di Crocodile Island).
- Zipline dan ATV.
- Sunset sailing dan Parasailing.
- Helmet diving.
Kami berpuas hari dengan servis local guide ini. Orangnya jenis menepati masa, bertanggungjawab, tak berkira dan bersahaja.
Makanan
Disebabkan travel on budget.
Kami tak makan di luar pun sepanjang bercuti di Boracay.
Kami pergi ke D'talipapa market untuk beli seafood, beras, minyak dan keperluan lain dan masak sendiri di rumah.
Harga di sana murah, asalkan anda pandai tawar-manawar.
Harga ikan merah setengah kilo boleh dapat dalam RM13 @ 150 Peso sahaja. Sotong sekilo RM22 @ 250 Peso.
Kami tak beli udang dekat sini.
Harga sekilo saja dah RM80-RM100.
Dari Malaysia kami bawa perencah segera siap-siap, perencah sup sayur, perencah asam pedas dan perencah tomyam. Jadi tak payah nak susah-susah bila nak masak.
Masuk-masuk bahan...
Campak itu campak ini...
Siap masak, makan... kenyang.
Aktiviti kami tak terlalu padat. Tak ada kejar apa-apa. Jadi memang sempat sangat kalau nak masak.
Jika anda travel 3 hari saja, rasanya baik makan di luar.
Anda boleh ke sekitar D'talipapa. Di sana ada kedai makanan halal. Cuma bila makan, untuk seorang harga boleh mencecah sehingga RM30 sekali makan.
Cuaca
Waktu terbaik untuk bercuti di Boracay adalah antara bulan November hingga Mei. Waktu ini peak season, ramai pelancong terutama sekali orang Korea.
Kalau anda pergi antara bulan Ogos ke Oktober pula, agak berisiko sebab asyik hujan dan ombak pun kuat. Jadi tak berapa best untuk ambil gambar dan buat aktiviti. Tapi kalau pergi okey saja.
Dekat sana bukannya hujan 24jam kan?
Action Camera
Anda wajib bawa action camera. Anda boleh ambil banyak gambar menarik di Boracay. Atas laut, dalam laut, penjuru laut... Semua cantik-cantik.
Ada juga pengunjung yang tak ada action camera. Mereka pakai henfon dengan monopod. Buat macam ini pun boleh. Tapi ada risiko. Nanti kalau jatuh tak pasal-pasal rosak henfon.
Souvenir
Nak beli souvenir murah boleh cuba pergi ke sekitar D'talipapa atau D'mall. Harga standard untuk x1 fridge magnet dalam 50 Peso dan x7 keychain dalam 100 Peso.
Jika anda dapat harga yang lagi tinggi.
Sila cuba cari tempat lain.
Airport Tax
Tolong bagi perhatian untuk hal ini.
Masa nak balik nanti, anda akan dikenakan cukai airport sebanyak RM62 @ 700 Peso. Jangan pula dengan yakinnya anda habiskan duit Peso. Paling kurang simpan dalam 1000 Peso.
Ini untuk airport tax dan terminal fee masa balik nanti.
Satu lagi, pemeriksaan Air Asia dekat Kalibo Airport agak ketat. Di sini tak ada mesin self check-in. Anda perlu dapatkan tiket flight di kaunter dan nanti mereka akan timbang beg anda satu per satu.
Tak boleh lebih 7kg.
Jika bawa backpack jenis extention wire, sila check-in baggage anda. Kalau tak... waktu custom check nanti kena rampas.
Secara kasarnya setiap seorang belanjakan dalam RM1300-RM1400 sahaja untuk trip ke Boracay Island, Filipina.
- Be a wanderlust -
P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂