Anda dah lihat video promosi Lembah Temir Resort di atas? Anda rasa macam mana? Cukup menarik tak?
Resort ini juga dikenali dengan singkatannya LTR adalah resort yang menyediakan air terjun kepada anda sebaik anda membuka pintu. Serius tak ramai yang mengetahui tentang resort ini.
Asalnya resort ini adalah tempat private retreat bagi ahli keluarga pemilik resort dan rakan-rakannya. Resort ini akhirnya dibuka kepada orang awam setelah ramai yang bertanyakan tentang resort ini.
Damai... Dahulu berdinding kayu, sekarang menggunakan bata merah. Bilik pun boleh tahan selesa. Tempat ini dipanggil The Main Hut Santai... Nice. Tenang je. Kalau datang dengan kawan rapat, keluar dari resort confirm makin rapat.
Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada resort ini.
Ada sungai kecil yang sangat jernih dan sejuk mengalir di bawahnya. Kami difahamkan air sungai ini berasal dari pergunungan di pedalaman hutan pahang.
Dah macam resort terapung dah kan? Kalau dah macam ni punya mandi, memang tak mahu naik jadinya! Bonding time. Antara waktu paling efektif untuk rapat dengan anak. Ikan koi di Koi Pond. Sebenarnya ini breeding pond untuk pasaran luar. Harga sudah tentu beribu.
Resort yang terletak 2 km dari jalan luar ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan merehatkan fikiran.
Anda boleh mendengar deruan air terjun yang terletak bersebelahan bilik resort anda. Resort ini juga pernah menyaksikan upacara akad nikah berlangsung di resort ini.
Menarik kan?
Memang syok!
Pelbagai aktiviti menarik ada di sini. Antara aktiviti menarik yang ada seperti memancing, paintball, futsal, jungle trekking, mandi sungai, karaoke dan sebagainya.
Kalau datang ramai-ramai, futsal jangan dilupa. Aktiviti team building memang sesuai dilakukan di sini. Kuda padi dan kambing pun nak photobomb jugak. Adoyaii... Don't run bcuz... I have a gun Salah satu aktiviti wajib dicuba. Sumber:- IG Yang lebih prefer suasana yang tenang, boleh bersendiri dan bercinta dengan buku.
Ini point paling penting, mengalahkan perkara-perkara lain.
Makanan...
Tak guna kalau ada tempat secantik istana kalau makanan tak sedap.
Resort ini memilih tema masakan tradisional Pahang sebagai menu utama. Namun, pada sebelah malam ada dihidangkan seafood seperti ikan, ketam serta udang.
Bagi penggemar BBQ pula, tempat memanggang ayam/daging juga ada disediakan.
Siapa tak makan kambing bakar dia hijau. Eh tak... dia rugi. hehe Petang-petang layan kuih kaswi dengan teh tarik macam ni, memang layan. Rasanya tak pernah jumpa lagi orang yang tak suka benda ni Di sini polisi no-outside-food sentiasa diamalkan. Jadi tak boleh bawa daging perapan sendiri dari rumah walau sedap mana pun korang perap. hahaha Terliur tak tengok? Itu dia... masakan asli Pahang . Ikan pun jadi mangsa santapan manusia di sini. Itulah siapa suruh jadi ikan sedap. Ini hidangan wajib Pahang. Nasi dan lauk pauk semua dah beratur menunggu untuk dimakan. Tungu apa lagi?
Review daripada pengunjung mengatakan, pasal makanan memang puas hati. Berbaloi-baloi. Kalau ada 5 bintang, mereka akan rate 6 bintang.
Mana taknya, puas makan sehari 4 kali makan. Makanan akan disajikan secara buffet. Anda akan menikmati sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, serta makan malam.
Lupa nak cakap. Anda juga boleh makan tengah hari selepas anda check out dari resort pada hari terakhir penginapan anda.
Fuhh…
Jika anda berkunjung pada musim buah-buahan, segala buah-buahan yang terdapat di sini adalah untuk dinikmati oleh anda. Tapi anda kena bayar mengikut harga buah pada waktu itu.
Rambutan? Ada...
Pulasan? Ada...
Manggis? Pun ada juga...
Durian?
Ada 2000 pokok durian... Dan kebanyakannya Durian Musang King ataupun D24. Meleleh air liur dapat makan buah segar dari dusun.
Queen of Fruits. Segar dari ladang. Kalau kat KL ni mau RM10 sekilo. Ambik lah bang, semua kau punya... Buah apakah yang penuh dengan rambut tapi sedap? King of Fruits. Tengok isi dia... Untung siapa yang datang masa musim durian. Yes sir, yes! I want it please!
Mungkin ada yang tak perasan, kebanyakan resort yang mempunyai buah-buahan banyak terdapat di dalam dusun. Tetapi tidak bagi resort ini.
Resort ini terletak di dalam hutan yang redup, air terjun yang jernih, dan persekitaran yang tidak terganggu.
Mana nak cari kan?
Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.
6 comments on “Lembah Temir Resort, Tersembunyi Di Belantara Hutan Raub Pahang”
Sy nak booking utk 2 couple ...8&9/10/16...cuba hubungi 0145228899, 0192310400
0122112259
0122189812...semua tak dpt dihubungi
Hai Cikpuan Darlilah. Mungkin Cikpuan boleh lawati laman Facebook mereka. Cuba taip "Lembah Temir Raub" ataupun click link ini: https://www.facebook.com/Lembahtemir/?fref=ts
Selamat bercuti! 😉
-TravelKliq admin
Kalau untuk satu couple je blh tak..
Hai Cikpuan Najwa.
Cikpuan boleh lawati laman Facebook mereka di link ini: https://www.facebook.com/Lembahtemir/?fref=ts atau ke website mereka di http://www.lembahtemir.com untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut berkaitan resort ni.
Selamat bercuti! ?
-TravelKliq admin
Sungguh menarik sekali!!
8 Acres bukan Lembah temir resort ya. Itu resort lain.