Jom Mandi-Manda Di Kolam Air Panas Poring

Share Artikel

Baru-baru ni Air Asia ada buat promosi harga runtuh untuk terbang ke Kota Kinabalu kan? Mesti ada yang sanggup bangun tengah malam semata-mata untuk dapatkan tiket terlajak murah ni. Betul tak?

Bagi anda yang berjaya membeli tiket RM10 tu, tahniah ye.

Jadi, apa pelan anda sepanjang berada di sana nanti?

Ohh, belum ada rancangan lagi.

Kalau macam tu, kami cadangkan anda untuk bawa ahli keluarga anda mandi-manda di kolam air panas yang terletak di Ranau, Sabah ni.

asiancorrespondent.com
Imej dari sumber

Sebenarnya, ramai pengunjung dari Semenanjung yang masih belum tahu tentang kewujudan kolam air panas ini.

Perjalanan ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu memakan masa hampir 3 jam. Tapi, anda pasti tidak menyesal jika berkunjung ke sini. Serius!

Anda boleh menggunakan pengangkutan awam untuk ke kolam air panas ini. Kami cadangkan anda untuk menaiki bas kerana lebih murah berbanding kos tambang teksi. Harga tiket bas dari Kota Kinabalu ke Ranau hanya RM16 seorang.

Poring Hot Springs

Kolam air panas ini begitu terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa kepanasan air kolam ini sangat sesuai untuk mereka yang ada penyakit kulit.

blog.suteraharbour.com
Imej dari sumber

Kolam air panas ini sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Anda boleh pilih sama ada nak mandi air panas ataupun sejuk.

Bagi yang sukakan privasi, Poring Hot Springs ada menyediakan tempat mandi yang tertutup jugak taw.

Waktu Operasi

Poring Hot Springs ini mula beroperasi pada jam 7.00 pagi sehingga jam 6.00 petang pada setiap hari.

Selain kolam air panas ini, terdapat beberapa tempat menarik di sekitar sini. Antaranya ialah Poring Canopy Walk dan Tropical Garden.

wusm-vietblogspot.my
Imej dari sumber

Kalau masih larat nak berjalan, bolehlah singgah di beberapa lokasi air terjun di sekitar kolam air panas ni pulak ye.

p/s: Kalau anda gayat atau lemah jantung, sebaiknya tidak perlu acah berani untuk cuba Canopy Walk yang setinggi 41 meter ini. Bahaya taw! ?

Harga Tiket

Harga tiket masuk ke Poring Hot Springs ini hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Murah kan? ?

Tapi kalau anda memilih untuk mandi di tempat yang tertutup, harganya agak mahal sedikit, iaitu RM15 sejam.

sabah.com
Imej dari sumber

Jika anda berminat untuk masuk ke tempat menarik yang lain seperti Poring Canopy Walk, anda perlu membeli tiket yang lain ye.

Tapi, jangan risau! Harga tiket untuk semua tempat adalah sama saja. Iaitu RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Tempat Penginapan

Kalau anda bercadang untuk bermalam di sini, anda bolehlah ke Poring Hot Springs & Nature Reserve Resort. Ada beberapa chalet yang disediakan. Antara penginapan yang agak murah di sini ialah Serindit Hostel dan Kelicap Hostel.

agoda.com
Imej dari sumber

Jadi, kalau ke Sabah tu, jangan lupa ke Poring Hot Springs ni ye. Jumpa di sana! ?


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open