Bila cerita pasal Jonker Walk kat Melaka tu mesti ramai yang terfikir night market. Pasar yang sibuk, ramai pengunjung dan banyak makanan. Eh bukan nak cakap pasal tu.
Haha.
Destinasi kali ini adalah 3D Jonker Walk Melaka. Ada peminat 3D kat sini?

Apa yang menarik?
Galeri ini memuatkan 20 ilusi 3D dan 5 Hello Kitty Interior yang terbalik. Haa, itu yang uniknya 3D Jonker Walk. Ia rumah terbalik yang pertama di Melaka yang digabungkan dengan muzium 3D.
Tak cukup ada dua tu?
Muzium ini juga ada pendaflour 5D muzium. Seronok kan? Bayar sekali dapat 3 sekali gus.

Macam mana nak pergi?
3D Muzium Jonker Walk ini terletak di Jalan Hang Jebat. 300 meter sahaja dari night market Jonker Walk. Berjalan 3 minit dah sampai.
Lepas seronok tangkap gambar dalam 3D bolehlah pergi makan sambil jalan-jalan.

Waktu operasi 3D Jonker Walk
"Saya rasa nak pergi hari berkerja lah, buka ke...?"
"Saya kerjalah takkan nak pergi hari bekerja..."
Eh tak mau gaduh-gaduh. Nak bagitahu laa ni. 3D Jonker Walk ni dibuka SETIAP HARI.
Suka kan kan?
Isnin hingga Khamis, buka dari 10 pagi sehingga 6 petang. Jumaat hingga Ahad pula dari 10 pagi sehingga 10.30 malam.
Pilihlah pilih hari yang disukai.

Tiket macam mana pula?
Untuk orang dewasa harganya RM18.
Datang dengan anak kecil? Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun hanya RM12 dan PERCUMA untuk mereka yang bawah 3 tahun.
Eh warga emas macam mana?
Khas untuk mereka dan orang kurang upaya (OKU) hanya RM9.
Berbaloi kan?
Semua bawah RM20 dan boleh menikmati Muzium 3D, rumah terbalik Hello Kitty, dan pendaflour 5D.



Okay, galeri seni 3D ni adalah hasil idea dari Eric Chow Boon Peng dengan kerjasama Encik Yap dan Encik Chong. Ramai yang dah pergi dan suka tempat tu.
Kita takkan nak tertinggal pula kan?
Apa-apa boleh hubungi 012 655 3409 atau pergi terus ke laman FB mereka untuk pertanyaan selanjutnya.
Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.