Alami Sebuah Percutian Yang 'Rare' Di Janda Baik, Pahang

Share Artikel

Sejak akhir-akhir ni, makin banyak kan tempat menarik di sekitar Pahang ni. Bukan setakat menarik je, tapi unik pulak tu.

Kalau anda sedang mencari tempat percutian yang rare, meh lah baca entri ni sat.

Lepas tu, mesti rasa tak sabar nak mintak cuti dengan bos dan cepat-cepat nak datang ke sini. Ini serius taw!

Sailor's Rest Resort

Resort ini terletak indah di tengah-tengah hutan tropika. Lokasinya memang sangat strategik taw. Mana tidaknya, resort ini dikelilingi dengan keindahan alam flora dan fauna yang dijaga rapi.

Ditambah pula dengan bunyi-bunyian semulajadi, buat kita rasa tenang dan rileks je apabila datang ke sini. Memang jauh beza dengan suasanan hiruk-pikuk di kotaraya.

Anda akan rasa seperti ada di rumah sendiri apabila bercuti ke sini taw. Kelengkapan dan keperluan yang disediakan memang sangat memuaskan. Tempatnya pun cantik dan bersih. Terbaikk!

Bilik Penginapan

Pihak resort ini menyediakan lebih dari satu jenis penginapan untuk dipilih. Yang pasti, setiap pilihan tu akan berikan pengalaman yang menakjubkan buat anda.

Boathouse

Kalau anda nak rasa suasana bermalam atas sebuah bot, boleh cuba untuk menginap di Boathouse ni. Mengikut tinjauan kami, ini boathouse pertama yang ada di sekitar Pahang ni.

Boathouse ini dilengkapi dengan ruang lepak yang luas, bilik tidur dan sebuah bilik mandi. Rasa ekslusif je bila masuk ke dalam boathouse ni taw.

Oh ye! Boathouse ni boleh muatkan hanya dua orang sahaja pada satu-satu masa. Jadi, untuk pasangan yang nak berbulan madu di Pahang, bolehlah rancang bercuti ke sini ye.

Banglo

Banglo ni terletak berdekatan dengan sungai taw. Senanglah kalau nak main-main air nanti kan.

Ia dilengkapi dengan dua buah bilik tidur yang selesa dan ruang lepak untuk aktiviti santai keluarga. Banglo ini hanya digalakkan untuk diduduki oleh 6 orang sahaja pada satu-satu masa. Tujuannya supaya anda berasa selesa dan tidak sesak.

Glamping

Kalau bab 'glamping' ni, mesti ramai yang suka kan. Lagi-lagi anak muda. Setuju?

Walaupun tidur dalam khemah, tapi rasa macam dalam bilik hotel 5 bintang taw. Tak perlu bawa sleeping bag ye. Pihak resort ada sediakan tilam yang empuk dan comforter yang gebu dalam setiap khemah untuk kegunaan anda.

"Eh, tandas kat mana ek?" 

Ada kat situ-situ je. Jangan risau ye! Dan tandasnya tu pun sangat bersih dan dijaga dengan baik sekali.

Kemudahan

Ruang makan

Ruang ini terletak di tengah-tengah sebuah kolam. Bolehlah cuci-cuci mata melihat keindahan alam di sekitar kolam tu. Aman dan damai gituu! ?

Ruang ini juga dilengkapi dengan dua buah televisyen. Jadi, sambil-sambil makan tu, boleh menonton rancangan hiburan. Tak lah bosan sangat kan.

Tandas awam

Tandas yang ada di resort ni bukan setakat bersih je, siap ada mini lanskap lagi dalam setiap tandas tu taw. Oh ye! Mereka juga ada sediakan pemanas air untuk keselesaan para pengunjung. Jadi, pilih lah nak mandi air panas atau sejuk ye.

Dewan terbuka

Dewan ini dilengkapi dengan skrin projektor yang besar dan juga sistem pembesar suara. Jadi, kalau nak adakan program atau seminar di sini, memang boleh sangat-sangat.

Dan dengar ceritanya, mereka akan usahakan untuk ubahsuai sebahagian dari dewan ni menjadi ruang karaoke keluarga. Menarik kan? ?

Aktiviti Yang Disediakan

Mandi-manda di sungai
Waterfall trekking
Lepak-lepak di taman

Maklumat lanjut

Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Tel: 012-360 9227 / 03-4292 7036
Facebook: Sailorrest Resort
Website: Sailor Rest Janda Baik
E-mel: sailorest.jandabaik@gmail.com


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tagsfolder-open