
Bali adalah sebuah pulau yang dikelilingi dengan pelbagai lokasi tarikan menarik di sekitarnya. Rata-rata antara kita mesti teringin nak bercuti ke Bali kan?
Sebab selalu sangat kita dengar panorama di Bali ni cantik sangat. Tak hairan lah kalau orang suka bercuti ke Bali ni. Ada yang sampai 2-3 kali pun masih tak jemu.
Dalam entri kali ni, kami akan kongsikan serba sedikit tentang Bali untuk rujukan anda. Terutamanya mereka yang baru pertama kali merancang untuk ke sana.
1. Hormati budaya penduduk tempatan
Lain tempat, lain budaya. Walaupun Bali sentiasa dipenuhi pelancong asing, amalan keagamaan mereka tetap diteruskan. Di sepanjang jalan sekitar Bali, anda pasti akan temui suasana sebegini.
Amalan ritual ini dikenali sebagai 'canang sari'. Ia dilakukan oleh penduduk Hindu di Bali. Jangan usik atau pijak taw barang-barang mereka ni. Jaga adab dan tingkah laku kita bila di tempat orang ye. ?

2. Muat turun aplikasi Go-Jek
Kalau di Malaysia, kita ada Uber. Tapi, di Bali, sistem Uber ni telah diharamkan ye.
Tapi, jangan panik. Anda cuma perlu muat turun aplikasi Go-Jek ni untuk mudahkan urusan anda. Dengan adanya aplikasi ni, anda boleh membuat pesanan atas talian.
Ramai jugak yang gunakan aplikasi ini untuk menempah teksi.
Walaupun anda ada di Bali untuk tempoh waktu yang singkat, aplikasi ni pastinya sangat membantu.

3. Waspada dengan bendera amaran di sekitar pantai
Tolong hati-hati ye. Peka dengan bendera amaran yang ada di sekitar pantai. Walaupun keadaan pantai nampak tenang, tapi keadaannya mungkin boleh berubah tiba-tiba tanpa kita jangka.
Kadang-kadang tu, persisiran pantai yang cetek tu pun boleh jadi bahaya. Sebab arus pantai yang tiba-tiba je jadi deras.
Lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terkena. Nanti kalau dah terkena, menyesal tak sudah pun tiada guna kan.

4. Meluncur air di Bali
Bali memang terkenal dalam kalangan peluncur air dari serata dunia. Ada beberapa tempat menarik sekitar Bali yang menjadi kegilaan para peluncur air apabila mereka bercuti ke sini.
Antaranya ialah Dreamland, Uluwatu dan Padang Padang. Ombak besar dan cuaca yang elok pasti akan buat anda teruja untuk meluncur air.
Anda takkan rasa rugi la kalau melancong ke sini. Semestinya Bali adalah sebuah tempat yang gempak untuk dijadikan destinasi percutian santai bersama yang tersayang. Perfect!

5. Keluar dari hotel untuk lebih jimat
Ni penting terutamanya untuk percutian bajet. Duit jangan bazir untuk perkara yang tak perlu. Lebih baik digunakan untuk beli-belah dan makan-makan. ?
Jadi, kami cadangkan anda untuk elak gunakan khidmat dari hotel. Faham-faham je lah kan. Apa-apa saja perkhidmatan yang kita gunakan di hotel, pasti jauh lagi mahal. Setuju?
Kalau hotel anda tidak sediakan set makanan dalam pakej penginapan, sebaiknya cari tempat makan di luar. Pasti banyak kedai makan di sekitar kawasan hotel anda. Boleh rabak poket taw kalau hari-hari makan di restoran hotel.
Bagi yang beragama Islam, pastikan kedai makan tu halal ye. Ringankan mulut untuk bertanya pada tuan kedai atau pemandu pelancong anda.
Kalau nak lagi jimat, dobi je pakaian anda di kedai tepi jalan. Tak perlu dobi di hotel. Dapat jimat sikit. Sekurang-kurangnya, duit lebihan tu boleh gunakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat.


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂