Artikel ini ditulis oleh Khairul Naeim Z
Saya setuju!
Saya setuju!
Saya setuju!
Untuk kali ke-5, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi telah di anugerahkan World Best Airport oleh Skytrax. Ini 14 sebab kenapa saya setuju Lapangan Terbang Antarabangsa Changi layak digelar World Best Airport.
1) Lapangan terbang yang berkapet.
Penggunaan kapet bukan sahaja menampakkan elegen tetapi juga nampak bersih dan mesra untuk orang yang mengalami masalah lutut
2) Tandas yang super super bersih
Percayalah, tandas di lapangan terbang ini amat bersih, kering dan wangi. Selepas anda menggunakan tandas anda boleh memberi maklumbalas tentang kebersihan tandas tersebut.
3) Tour secara percuma untuk yang transit lebih dari 6 jam.
Untuk maklumat tentang tour percuma ini anda boleh layari laman web lapangan terbang Changi
4) Nak berenang pun boleh nak ke gimnasium pun boleh.
Jika anda suka aktiviti renang, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke kolam renang dan juga gimnasium yang terdapat disini. Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai ya.
5) Tempat untuk berdengkur pun ada
Kadang kala perjalanan yang panjang memerlukan kita tidur yang cukup. Di sini, anda jangan risau terdapat banyak tempat untuk berehat yang mesra untuk pendengkur. Hehe
6) Terlupa nak membeli belah? Jangan risau terdapat banyak outlet beli belah
Melangkah masuk ke sini, anda pasti akan lupa yang anda berada di lapangan terbang. Di sini anda boleh membeli belah di banyak outlet berjenama antarabangsa. Harga juga amat berpatutan
7) Sesuai untuk kanak-kanak
Antara perkara yang amat dirisaukan oleh ibu bapa adalah bagaimana cara untuk menceriakan anak semasa trasit. Jangan risau, di sini terdapat banyak tempat permainan untuk kanak-kanak pelbagai umur
8) Restoren dibuka 24 jam
Terdapat banyak pilihan restoren di sini. Bagi penganut agama islam, jangan gundah gulana, terdapat banyak pilihan makanan yang halal. Apa yang penting, sediakan wang secukupnya.
9) Movie jom!
Bagi yang terasa sangat boring, anda juga boleh menonton wayang. Cerita cerita yang dihidangkan juga menarik dan baru. Jangan risau, masuk adalah percuma.
10) Imigresen yang sangat cepat dan tangkas
Memang diakui proses imigresen di lapangan terbang ini sangat cepat dan banyak kaunter dibuka jika terdapat ramai pelancong.
11) Wifi yang menyeluruh di kawasan terminal
Antara salah satu, keperluan masa kini adalah wifi. Wifi di sini sangat pantas. Tapi jangan lupa sebelum anda menggunakan wifi, anda dikehendaki untuk mendapatkan kod terlebih dahulu.
12) Taman bunga pun ada!
Siapa mat bunga angkat tangan! Di sini juga terdapat banyak taman bunga yang menarik hati.
13) Penggunaan internet secara percuma
Selain wifi, di sini juga terdapat banyak kios internet yang boleh dilayari secara percuma.
14) Tempat beribadat disetiap terminal
Bagi yang ingin melakukan ibadat, anda boleh menggunakan tempat ibadat yang disediaka di setiap terminal. Ingat, jangan tidur, makan atau berbuat bisingya.
Selalu terfikir bilalah KLIA nak nampak segah Changi.
Tepuk dada tanya selera.




























P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂