Tak sangka, nama Malaysia naik lagi...
Vaughan dan Lauren Manuel McShane adalah pasangan suami isteri dari South Africa yang juga travel bloggers sepenuh masa.
Dalam satu entri di blog mereka, thetravelmanuel.com, mereka telah berkata sesuatu yang kurang elok didengar mengenai Malaysia. Review dari mereka ini tidak boleh dibuat main-main.
Mereka telah tinggal di Malaysia selama lebih 13 bulan.
10 sebab inilah yang membuatkan mereka tak suka akan Malaysia:
- Pantai di Malaysia sangat low-class. Erkk
- Orang Malaysia pemalas. Macam sloth.
Orang-orang tua lebih suka bermain dengan kotak daripada bekerja. Tembak ikan untuk beri makan kepada keluarga? Pemalasnya!
- Suasana matahari tenggelam di Malaysia adalah paling mengecewakan. Sedih!
Bosan. Bosan lagi. Pun bosan jugak.
- Suasana matahari terbit? Ahh... lagi teruk.
Tipu. Mana ada pantai sebegini di Malaysia. Ini pun tipu... Sama... ini pun tipu juga.
- Langsung tiada unsur-unsur budaya dan sejarah di Malaysia.
Setakat salam, saya pun boleh! Hmm... Err... bangunan apa ni?
- Hutan tiada di sini. Yang tinggal cuma kelapa sawit je.
Sawit di kiri kanan... Tengoklah mereka sedang kait buah kelapa sawit.
- Orang-orang di sini sangat-sangat tidak mesra. Rasa macam orang asing.
Adik-adik ni semua benci saya. Adegan kami sedang dihalau oleh orang tempatan.
- Tidak ada kopi yang berkualiti di sini.
Biasa-biasa je ni. Tempat duduk di kedai kopi yang sesak dan tak ada seni.
- Kuala Lumpur? Menara Berkembar Petronas? Pffftt~
Bosan. Menara Berkembar Petronas yang gelap dan tak happening.
- Tiada aktiviti outdoor yang berbaloi hendak dicuba. Bosan.
Tak ada ikan di sini. Jangan terpedaya. Sekali berenang, denda RM500 000. Tipu. Di Malaysia tak ada macam ini. Setahu saya tak ada bukit di Malaysia. Ini di mana?
Begitulah faktor-faktor kenapa Malaysia bukanlah satu destinasi percutian yang menarik. Apa yang anda rasa bila membaca kenyataan tersebut?
Kami sayang Malaysia! Anda pula?
One comment on “10 Sebab Suami Isteri Ini Melarang Orang Bercuti Di Malaysia”
artikel ni buat aku jenguk blog pasangan tersebut....buat aku terpedaya dan ase nk marah and habis je baca lollll~~ penulis tu sangat suka malaysia le. buat aku berdosa je *mata ke atas*