KONGSIKAN

Bila sebut United Kingdom atau lebih spesifik lagi England, pasti ramai orang Malaysia sudah menjejakkan kaki di negara ini. Kebanyakan orang memilih London, Manchester, Liverpool dan sesetengah bandar besar lain untuk dilawati. Selain melihat monumen-monumen megah seperti London Eye, Big Ben dan Buckingham Palace, sebahagian penggemar sukan bola sepak pasti tidak melepaskan peluang untuk melawat stadium kelab kegemaran mereka. Malah ada juga yang sanggup menyewa kereta jauh ke selatan London semata-mata mahu melihat beberap ketul batu stonehenge.

Tahukah anda bahawa terdapat satu tempat menarik yang juga patut diletak dalam itinerari? Bagi penggemar taman tema, anda wajib ke sini! Taman Tema Alton Towers. Apa yang mengejutkan, tidak ramai orang Malaysia tahu kewujudan taman tema ini. Lagi mengejutkan sebahagian pelajar Malaysia di UK juga ada yang tidak tahu keberadaan taman tema ini.

Alton Towers terletak di Staffordshire, bahagian tengah England dan berdekatan pekan Alton. Taman tema ini dibuka pada tahun 1980 dan dimiliki oleh Merlin Entertainments Group. Sekarang merupakan taman tema terbesar di UK dengan keluasan 370 Hektar. Daris segi pengunjung pula, ia menduduki tangga kedua terbanyak selepas Legoland Windsor.

Alton Tower menawarkan banyak permainan. Apa yang paling menarik ialah roller coaster. Terdapat beberapa roller coaster yang ada; Galactica Nemesis, Oblivion, Rita, Runaway Mine Train, Spinball Whizzer, Thirteen. Pada tahun 2013, Merlin Entertainments Group membuat kejutan dengan pembukaan roller coaster ‘The Smiler’ yang mempunyai 14 loop. Sekaligus memegang rekod roller coaster yang mempunyai loop terbanyak di dunia sehingga hari ini.


14 Loop boh!


Fakta berkenaan The Smiler


Capaian paling tinggi


Waktu terbaik untuk menjerit


Sampai masuk bawah tanah yop

Ada bran?

P/S- Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan lupa tekan butang share 🙂

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here