Aidiladha Disambut Di Puncak Gunung Penanjakan

Aidiladha Disambut Di Puncak Gunung Penanjakan

Share Artikel

Di kala kita menyambut Aidiladha di tanah air bersama keluarga tercinta, tapi lain pula kisah dua jejaka kaki travel ini.

Travelog kali ini disunting khas daripada blogspot milik Tuan Qayyum Sunawan. Bolehlah follow blog beliau untuk dapatkan lebih lanjut mengenai entri ni.

Okey! Jom kita ikuti pengembaraan beliau bersama sahabatnya ke Indonesia ni. Yeayy!

Hari 1

  • Menaiki penerbangan dari KLIA2 pada jam 9.30 malam
  • Tiba di Denpasar Bali pada jam 12.30 tengah malam
  • Check-in di Monostel Hostel - 44MYR
  • Jenjalan di sekitar Legian

Nota:

  1. Monostel Hostel ini sangat dekat dengan kawasan Legian.

Hari 2

  • Bergerak ke jeti di Sanur
  • Mengisi perut dengan nasi Mak Beng
  • Menaiki bot menuju ke Nusa Penida - 45MYR
  • Sewa ojek untuk ronda-ronda sekitar Nusa Penida
  • Menuju ke Pura Paluang dan meilhat keindahan lautan yang luas terbentang ?
  • Seterusnya, kami ke Angel's Billabong (tak mandi-manda pun)
  • Singgah sebentar di Broken Beach
  • Meneruskan perjalanan ke Kelingking Beach Point
  • Pakat pacak khemah di sekitar Kelingking Beach Point
  • Bersihkan diri
  • Siapkan hidangan makan malam
  • Sedia untuk tidur, tapi sebelum tu, kami sempat la tengok bintang-bintang di langit.

Nota:

  1. Perjalanan menaiki bot laju memakan masa 45 minit hingga 1 jam.
  2. Nasi Mak Beng ni sangat sedap. Kedai ni sangat popular taw di sekitar Sanur ni.
  3. Jalan di Nusa Penida agak teruk, jadi hati-hati ye, terutamanya yang nak menunggang motosikal.
  4. Gunakan simkad telkomsel sepanjang berada di Nusa Penida untuk coverage yang memuaskan.
  5. Internet sangat-sangat diperlukan untuk GPS dan Waze.
  6. Sediakan air mineral banyak-banyak, sebab cuaca agak panas dan kering.
Angel's Billabong
Broken Beach
Pura Paluang
Kelingking Beach Point

Hari 3

  • Menikmati sarapan (maggi, nescafe dan bubur ayam)
  • Selesai berkemas, kami bergerak menuju ke Crystal Bay
  • Disebabkan ombak di Crystal Bay agak kuat, kami tukar haluan menuju ke Toyopakeh
  • Kami sempat pergi merasa bakso ayam ?
  • Snorkeling di 3 spot - 60MYR (Jetty, Gamat Bay dan Buddha Statue)
  • Bergerak ke Nusa Lembongan dan dapatkan tiket untuk ke Sanur
  • Check-in di Kuta Beach Hostel - MYR30/malam
  • Jalan-jalan sekitar Legian dan urut kaki ✌️

Hari 4

  • Tiba di Surabaya pada jam 3.30 petang
  • Bergerak menuju ke Probolinggo dalam jam 5 petang
  • Kami daki ke Penanjakan
  • Tiba di Puncak Penanjakan pada jam 11 malam
  • Pacak khemah dan masak apa yang patut

Nota:

  1. Bergema seruan takbir raya sepanjang perjalanan kami menuju ke Probolinggo.
  2. Orang lain makan ketupat rendang, kami cuma makan nasi goreng cendawan cheese je.
nasi goreng cendawan cheese

Hari 5

  • Bangun seawal jam 4.30 pagi
  • Tengok matahari terbit pada jam 5.30 pagi
  • Selesai melihat ?, kami bersiap untuk turun
  • Singgah di Gunung Bromo, Pasir Berbisik dan Bukit Teletubies
yeayyy!
Pasir Berbisik
Bukit Teletubies

P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open