8 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Serbia

8 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Serbia

Share Artikel

1. Tiada Visa (Tempoh Percubaan sehingga 31 Disember 2017)

Sebagai pemegang Passport Malaysia, anda boleh melawat Serbia tanpa visa (30 hari) berkuatkuasa 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2017. Walaupun hanya percubaan, namun ia dijangka akan berterusan sekiranya tiada apa-apa masalah sepertimana visa Kazakhstan pada tahun 2015.

2. Entri terbaik ke wilayah Balkan.

Kedudukan geografi Serbia yang terletak di tengah-tengah wilayah Balkan menjadikan ia titik mula terbaik untuk mengeksplorasi wilayah Balkan. Malah ia antara sebab kenapa Belgrade (ibu kota Serbia sekarang) diangkat sebagai ibu negara Yugoslavia suatu ketika dahulu.

Seperkara lagi, penerbangan ke lapangan terbang Nikola Tesla, Belgrade merupakan antara entri poin yang termurah selain Lapangan Terbang Istanbul dan Athens di wilayah Balkan.

Lapangan Terbang Nikola Tesla, Belgrade

3. Menyimpan Khazanah Sejarah

Serbia pernah diduduki oleh empayar-empayar besar seperti Kerajaan Rom Timur (Byzantine), Magyar (Hungary) dan Uthmaniyyah. Manakala kota Belgrade masih menyimpan sejarah peninggalan empayar-empayar tersebut. Walaupun kebanyakan tinggalan Uthmaniyyah sudah dihancurkan, tetapi masih ada yang tersisa seperti Masjid Bayrakli dan makam pembesar Damat Ali Pasha.

Walaupun sebahagian orang masih menyimpan sejarah pahit Serbia sebagai dalang dalam Penghapusan etnik Bosnia (1992-1995), namun hari ini rakyat bosnia pun sudah cuba melupakan sejarah pahit itu dan memulakan semula hubungan dengan etnik Serbia.

Ruang dalam Masjid Bayrakli

Kubu pertahanan di Belgrade yang digunakan empayar yang silih berganti

4. Bahan mentah yang murah

Untuk dibandingkan dengan negara Eropah yang lain, harga barang mentah di Serbia jauh lebih murah. Malah sebahagiannya lebih murah berbanding Malaysia. Berikut saya sertakan beberapa item beserta harga;

1 Liter susu segar= 100 Denar (RM 4)
500g roti buku= 45 Denar (RM 1.80)
1kg beras= 130 Denar (RM 5.20)
12 biji telur= 160 Denar (RM 6.40)
1kg tomato= 100 denar (RM 4)
1kg kentang= 50 Denar (RM 2)
1kg bawang= 50 Denar (RM 2)

5. Buah-buahan super murah

Pernahkah anda membeli 2kg epal hijau dengan hanya 50 Denar Serbia (RM2)? Kalau tidak pernah, maka di sinilah tempatnya untuk anda merasa. Bukan hanya epal hijau, boleh kata hampir semua buah boleh didapati dengan harga yang terlajak murah apatah lagi hendak dibanding dengan Malaysia.

1kg Buah Kiwi= 50 Denar (RM2)
1kg Pisang= 100 denar (RM4)
2 bekas Strawberi (~4kg) = 350 Denar (RM14)

Buah-buahan

2 Kilo hanya 50 Denar

Buah Kiwi

6. Aiskrim beraneka perisa yang menggiurkan

Di Belgrade, aiskrim artisan sangat terkenal. Pelbagai rekabentuk dan aneka rasa boleh didapati dengan harga yang murah. Mungkin selama ini anda selalu mengidam-idamkan ais krim jenama hebat yang beraneka perisa, tetapi tidak membelinya kerana harga agak mahal. Di sini anda boleh rasa ais krim berperisa kit-kat, kinder bueno, tutti frutti di tepi-tepi jalan dengan hanya RM2-5 satu skop.

Aneka perisa yang menggiurkan!

Hanya 40 Denar!

7. Keindahan alam semulajadi

Serbia kaya dengan alam semulajadi terutamanya gunung-ganang dan canyon. Selain itu terdapat banyak tasik dan taman negara yang boleh diletak dalam bucketlist. Satu daripada landskap yang menarik boleh dilawati terdapat di cerut gunung Radan. Ia yang juga dikenali sebagai 'bandar syaitan', merupakan kawasan berbatu merah yang pelik dan menyimpan mitos sebagai tempat syaitan-syaitan berlawan antara satu sama lain.

Pemandangan petang berlatarkan Sungai Sava

8. Festival dan Hiburan

Banyak festival kebudayaan di Serbia sepanjang tahu. Antaranya Festival Trumpet yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun di perkampungan kecil Guca. Festival ini merupakan festival trumpet terbesar di dunia dan disebut juga sebagai 'the wildest music festival on earth' oleh Miles Davis.

Selain itu terdapat Jazz Festival dan Belgrade's Beer Festival bagi non-Muslim. Tidak dilupa Belgrade juga terkenal sebagai bandar yang meriah dengan nightlife. Malah saya sendiri pernah bertemu orang Romania yang sanggup datang dari jauh berhujung minggu semata untuk merasai nightlife di sini.

St. Sava Temple, Gereja Orthodox Terbesar di Balkan

p/s- Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan lupa tekan butang share ?

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open