KONGSIKAN

Siapa pernah ke Escape Theme Park, Penang?

ESCAPE Theme Park ini terletak di Jalan Teluk Bahang, betul-betul bersebelahan dengan Penang Butterfly Farm. Waktu operasinya adalah pada jam 9 pagi sehingga 6 petang, setiap hari kecuali hari Isnin.

Theme park ini diasaskan oleh seorang anak kampung jati Penang, yang mana syarikatnya iaitu Sim Leisure merupakan salah satu peneraju dalam bidang konsultansi taman tema di Dubai, UAE.

Apa yang menariknya di sini, jika anda yang ingin merasai cabaran yang biasa dirasai ketika zaman kanak-kanak di kampung, maka di sinilah tempatnya. Apa yang kami nampak, taman tema ini ‘lari’ dari konsep taman tema yang biasa kita dengar seperti Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun, ataupun A Famosa Resort.

Ketika artikel ini ditulis, terdapat 22 aktiviti yang boleh dicuba sebaik saja anda melangkah kaki ke dalam pintu masuk. Setiap aktiviti menyediakan cabaran yang berbeza dari segi fizikal dan juga mental. Sesuai dengan temanya, “Time To Play”. Berikut adalah beberapa gambar aktiviti yang ada di sini [sumber gambar: http://www.escape.my/]

Di bawah ini kami sempat senaraikan 7 tips berguna yang boleh diambil perhatian bagi anda yang mahu ke sana:

1. Beli Tiket Online

Untuk mengelakkan aktiviti yang paling tak disukai oleh manusia, iaitu beratur. Beli tiket di dalam talian. Tempah tiket awal-awal. Jangan degil. Untung nasib, ada diskaun jika membeli di dalam talian.

2. Datang Awal

Bila anda datang awal, anda boleh rebut tempat parking kereta yang paling dekat sekali dengan pintu masuk. Kenapa perkara ini sangat penting? Teruskan membaca dan anda akan tahu sebabnya nanti. Stay tuned.

3. Datang Awal Dan Selesaikan Cabaran Monkey Business Dulu

Ada logiknya, kerana 3 sebab. Pertama, dalam banyak-banyak tempat, Monkey business adalah tempat yang paling kurang shade. Nasib kurang baik, giliran anda sampai ketika cuaca sedang terik. Bila dah panas, sudah tentu ketiak basah lencun. Oh My Ketiak!

Kedua, Monkey business adalah aktiviti yang paling banyak mengunakan tenaga. Guna dulu awal-awal agar tak menyesal. Heh!

Ketiga, Monkey Business merupakan core activity di tempat ini. Jika anda tak lakukan cabaran ini, umpama anda tidak datang ke tempat ini. Enough said.

4. Cara ‘Jahat’ Selamatkan Duit Anda

Daripada review yang kami terima, ramai yang mengatakan makanan di sini agak mahal dan tasteless. Siapa mahu bayar makanan tak sedap tetapi mahal sila angkat tangan!! Krikk..krikk.. Semua tak mahu kan. Nak tahu caranya?

Begini. Beli makanan siap-siap, simpan dalam kereta. Bila lapar, anda boleh keluar dari entrance dan makan di kereta. Dah kenyang, boleh masuk balik sebab pass masuk masih boleh digunakan. Pandai-pandailah nak hidup kan.

Anda smart, duit selamat!

5. Loker

Tak perlu susah-susah jadi orang bandar dengan membawa semua perkakas atau barang milik sendiri ketika di dalam theme park. Keluarkan not RM5 dari dompet anda dan anda boleh simpan 1-2 backpack di dalam locker tersebut. Easily.

6. Sarung Tangan Dan Pendakap Cermin Mata

Bagi yang sayangkan kulit tangan yang gebu, bawalah sarung tangan bersama. Bukan tak boleh beli di situ, tetapi lebih syok jika anda pakai sarung tangan sendiri kan? Kebanyakan aktiviti adalah bersifat kasar dan memerlukan anda berpaut dengan kuat pada tali. *Jangan sesekali merungut jika hantaran kurang disebabkan tapak tangan kasar.

Bagi pemakai cermin mata, bawa sekali eyeglass fastener. Takkan berlaku kejadian cermin mata jatuh semasa bergayut di tempat tinggi.

7. Bawa Sedikit Wang Tunai

Theme park ini mengamalkan sistem cashless, iaitu sistem tambah nilai (top-up). Setiap pengunjung akan dibekalkan dengan kad yang akan digunakan untuk setiap transaksi seperti menyewa loker, membeli makanan atau minuman dan sebagainya. Isi nilai kad tersebut secukupnya atau jika kehabisan nilai, wang yang anda bawa tersebut boleh digunakan untuk menambah nilai di kaunter khas. Jika ada baki, boleh refund sebelum anda pulang.

Bagi yang berminat, boleh lawati page mereka di Facebook, ataupun website rasmi mereka.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

1 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here