KONGSIKAN
http://www.thousandwonders.net/South+Korea

Entri kali ini pasti menarik perhatian mereka yang merancang percutian bajet untuk ke Korea. Ramai yang suka melancong ke Korea ni sejak Malaysia dilanda demam K-Pop. Setuju?

Tapi mungkin ada sesetengah individu mempunyai bajet terhad untuk bersuka-ria apabila selamat tiba di Korea nanti.

Jangan sedih-sedih taw. Kami akan kongsikan kepada anda 5 perkara menyeronokkan dan berbaloi untuk anda lakukan di sana. Paling penting, ianya PERCUMA! 😍

Nah, jemputlah baca!

1. Jom cuba pakai Hanbok

Moh le kita ke Seoul Global Cultural Center, M Plaza untuk cuba Hanbok ini. Ni antara perkara wajib cuba taw. Sebab orang Korea sendiri kata Hanbok ni mahal. 😱

Imej dari sumber

Ada macam-macam jenis Hanbok yang boleh dipilih di sini. Semua aksesori yang diperlukan pun ada disediakan untuk anda.

Disebabkan ia percuma, mestilah ramai orang tunggu giliran kan? Jadi, setiap individu diberi tempoh masa lebih kurang 5-10 minit je untuk cuba pakai Hanbok ni.

Imej dari sumber

Anda tak perlu pun buat sebarang tempahan.  Boleh walk-in terus ke sini. Sebaiknya adalah pada sebelah pagi. Sebab tempat ini biasanya dipenuhi orang ramai sekitar jam 2 petang ke atas.  

Ia beroperasi hari Isnin hingga Khamis pada setiap minggu. Bermula dari jam 10.30 pagi hingga  jam 4.00 petang. Tempat ini ditutup pada hari Jumaat hingga Ahad dan juga cuti umum.

2. Lawatan ke War Memorial of Korea

Imej dari sumber

Seperti Malaysia, negara ini juga pernah merasai pertumpahan darah pada masa lalu. Muzium ini mempamerkan satu gambaran sebenar mengenai evolusi yang pernah Korea lalui pada 50 tahun yang lalu.

Pengunjung berpeluang melihat semua dokumentasi dan artifak peninggalan perang yang dipamerkan di sini. Muzium ini terdiri daripada 8 dewan pameran. Kena manfaatkan 2-3 jam jugaklah kalau nak lengkapkan satu lawatan ni. Jadi, datang awal taw. 😉

Imej dari sumber

Muzium ini dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada setiap hari Selasa hingga Ahad. Kemasukan terakhir ke muzium ini adalah pada jam 5.00 petang ye.

Nota: Muzium ini ditutup pada setiap hari Isnin. Kalau cuti umum jatuh pada hari Isnin, ia akan ditutup pada hari seterusnya.

3. Melihat keindahan cahaya di Jambatan Banpo

Imej dari sumber

Jambatan ini lebih dikenali sebagai “The Magic Rainbow Fountain”. Di sini lah tempat terbaik untuk anda menyaksikan kecantikan reka bentuk jambatan ini. Ia tersenarai dalam Guinness World Book of Records kerana mempunyai “water fountain” yang terpanjang di dunia. 😱

Imej dari sumber

Jambatan Banpo ini dibina merentasi Sungai Han yang luas itu. Pengunjung boleh menikmati limpahan cahaya dan air dari kiri dan kanan jambatan. Tapi, ia hanya ada pada masa-masa yang telah dijadualkan. Dan akan berlangsung selama 20 minit saja.

Oh ye! Kawasan ini akan lebih sejuk terutamanya selepas matahari terbenam. Jadi, pakaian tu pastikan bersesuaian taw. 😁

4. Bersiar-siar di sekitar Seoul

Imej dari sumber

“Eleh, memang lah percuma. Takkan la nak ronda-ronda ni kena bayar pulak kan.”

Eh! Nanti dulu. Bersiar-siar tu memang tak kena bayar, tapi anda berpeluang untuk gunakan perkhidmatan ‘tour guide’ percuma taw. Seronok kan?

Perkhidmatan percuma ini disediakan oleh Lembaga Pelancongan Seoul untuk kemudahan pelancong yang datang ke negara mereka.

Imej dari sumber

Anda pasti akan lebih teruja apabila ramai pelajar kolej yang dengan rela hati menawarkan diri untuk bawa anda ronda-ronda di sekitar Korea. Anda pasti dapat ramai kenalan baru nanti taw.

Silap-silap, boleh bertemu jodoh pula kat sana nanti. 😍

5. Bosingak Bell-Ringing

Imej dari sumber

Sewaktu pemerintahan Dinasti Joseon, ada sebuah sambutan yang dinamakan “bell-ringing ceremony”. Upacara ini diadakan adalah sebagai penunjuk masa.

Loceng ini akan dibunyikan bagi menandakan sama ada untuk pembukaan atau penutupan 4 Pintu Utama dan 4 Pintu Kecil di ibu kota.

Ada beberapa acara yang boleh pengunjung lakukan apabila tiba di sini. Pengunjung yang bertuah akan berkesempatan untuk merasai pengalaman membunyikan loceng. 😁

Imej dari sumber

Lokasi ini mula beroperasi pada jam 11.30 pagi sehingga 12.20 tengah hari pada setiap hari Selasa hingga Ahad sepanjang tahun. Loceng pula akan dibunyikan sekali saja pada setiap hari, iaitu pada jam 11.40 pagi.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.

.

p/s: Jom like FB Page kami untuk dapatkan lebih banyak info dan tips travel!

 

1 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here