16 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menjejakkan Kaki Ke Iceland

16 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menjejakkan Kaki Ke Iceland

Share Artikel

Artikel disumbangkan oleh Shahriza Embi

Ramai members kat sini yang dah pernah pergi Iceland kan? Dan saya pasti ramai jugak yang aspire nak ke sana. Since dah banyak kisah pasal South Iceland dan Golden Circle dalam ni, so today saya nak berkongsi what is beyond South Iceland. Mana lah tau kot-kot ada yang teringin nak explore lebih jauh.

I went on this trip in May 2016 for two weeks with my friend (berdua sahaja, girl trip). We drove for about 2,500km along the Ring Road, detour ke small fjord towns di utara serta ke Westfjords, which is kawasan paling terpencil di Iceland.

This trip is definitely not for those yang sukakan bandar, kemudahan awam dan tidak tahan kesunyian melampau.

Tips saya kepada yang nak pusing keliling Iceland:

  1. Bajetkan masa minimum 10-12 hari. Ini pun very tight sebenarnya. Please bear in mind cuaca di sana adalah sangat erratic jadi kemungkinan perjalanan tergendala memang ada.

    Kalau in summer ada juga orang bantai dalam 7-8 hari sahaja sebab cuaca lebih stabil and 24-hour daylight tapi itu kira trip Touch N Go jer lah dan drive 18 hours per day.

  2. Two things we learned on our trip:

    • Ketika bulan April-May, Iceland selalu dilanda vorhret atau cold snap, di mana cuaca tiba-tiba berubah menjadi winter. Masa kami pergi tu rezeki kami nak dapat vorhret.

      Jadi hadaplah kami driving dalam snow dan kesejukan. Ingatkan pergi bulan May dah selamat haha, rupa-rupanya... Nan hado.

    • Ketika merancang route, kami kaji everything KECUALI topografi (terlupa). Maka terkejut badaklah kami apabila lepas sahaja Höfn (last stop untuk orang yang visit South Iceland), kami terpaksa memandu di mountain pass dengan gaung dan hairpin bends yang agak mengerikan.

      Mungkin biasa bagi orang lain tapi not for us dua gadis KL yang cuma biasa dengan hujan lebat dan banjir kilat saja. Dahlah mountain pass nya bersalji dan berkabus pulak tu haha. Masak.

  3. Jangan kedekut bab kereta. Invest hugely in this. Sewa dengan company yang recommended by many. Jangan cari company yang murah semata sebab kalau kereta tak reliable dan rosak in the middle of nowhere, mungkin kena tunggu lama nak dapatkan pertolongan dan buang masa berhari-hari (oh tidak!).

    Ambil full insurance walaupun mahal sikit. Jangan anggap "alah takkanlah time aku pergi tu ada volcanic eruption" (they have weird insurance coverage - volcanic ash, gravel, sandstorm - ambik semua!) sebab Iceland is very unpredictable.

    Biar kita bayar lebih sedikit untuk perlindungan daripada mengalir air mata kemudian hari tengok repair bill yang mungkin boleh guna buat beli Viva sebijik kat sini... (Lesen kereta Malaysia yang macam credit card tu boleh je pakai kat sana).

  4. Selagi kita tak naik ke highlands dan melalui jalan yang dikategorikan sebagai F-road (boleh tengok dalam peta Iceland, jalan ni akan ditanda huruf F diikuti nombor jalan), boleh je nak pakai kereta 2WD (tapi kami sewa 4WD juga sebab kiasu).

    F-roads/highland area hanya dibuka sebulan dua di musim summer sahaja. Lain season, ditutup sebab terlalu bahaya. Kalau jalan tu ditutup, jangan kita gatal nak cuba-cuba lalu jugak because it is closed for a reason.

    One thing the Icelandic people take really seriously is safety and their weather. Their rescue services is top-notch but that doesn't mean we are free to take stupid risks.

    Lagi satu, digalakkan sewa kereta manual gear kerana auto-transmission agak rare dan mahal, dan bila nak naik-turun gunung yang curam dengan corner berlipat tu kita memang bersyukur sangat adanya manual gear.

  5. Bila buka pintu kereta, sentiasa pegang pintu sampailah pintu ditutup semula. Sebabnya, angin kat sana sangat kuat dan kadang-kadang pintu kereta boleh rosak kalau kita tak pegang (atau mungkin jugak terkena kereta sebelah). Insurans tak cover kerosakan pintu yang ditiup angin haha.

  6. Sentiasa observe speed limit dan slow down apabila kita nak beralih daripada jalan berturap kepada jalan gravel sebab banyak kemalangan berlaku bila drivers tak slow down dan kereta tergelincir bila di atas gravel.

    Mesti buka lampu all the time tak kira masa atau cuaca, kalau tidak kena saman. Although, siapa nak saman pun taktau la sebab sepanjang two weeks kat sana haram seorang polis pun kami tak jumpa hahahaha! Balai polis pun sunyi sepi.

  7. Di Westfjords, ada juga kawasan yang jalannya satu lorong sahaja tapi traffic two-way. Di sepanjang jalan ada disediakan layby di mana kalau kita nampak kereta datang dari opposite direction, kita boleh masuk layby tu sementara tunggu kereta tu lepas.

    So siapa yang nak mengalah tu adalah atas budi bicara. Ada juga tunnel macam ni jugak konsepnya, jadi janganlah merempit takut tak sempat nak masuk layby. Tapi jangan risau, kemungkinan besar sepanjang jalan anda cuma jumpa sebiji-dua kereta jer kekeke. Atau tak jumpa langsung.

  8. Untuk perancangan route, digalakkan buat pusingan secara lawan jam bermula dari Reykjavik kerana kalau route macam ni, kita akan lalui South Iceland dulu.

    Jalannya kurang mencabar, topografi flat dan kita akan ada masa untuk biasakan diri dengan left-hand drive (manual gear), jalan sempit dan angin kuat before hitting the mountain passes of East and North Iceland.

  9. Route kami (mengikut lokasi kami bermalam ya):

    Reykjavik - Hvolsvöllur (Seljalandsfoss, Gljufrabui, Skogafoss, Sollheimassandur plane wreck, Reynisfjara, Vik) - Höfn (Jokulsarlon, glacier hiking di Vatnajokull, Stokksness) - Egilsstadir (kami tidur di horse farm dan naik Icelandic horse keliling farm tu) - Akureyri (Myvatn, Husavik, Siglufjordur) - Hvammstangi - Isafjordur - Budardalur - Stykkisholmur (meronda ke seluruh Snaefellsness Peninsula) - Reykjavik (Golden Circle).

  10. Isi minyak kereta sebaik saja nampak pam walaupun minyak baru habis quarter tank ke apa ke. Jangan gigih nak tunggu tangki kosong baru nak isi sebab kita tak tahu when we will see the next petrol station.

    Mesti ada debit/credit card sebab kadang-kadang yang kita jumpa cumalah seketul pam minyak in the middle of nowhere. No kedai no manusia.

    Fuel pump mereka semuanya untuk kad yang ada pin code jer. Harga minyak berubah setiap hari dan bergantung kepada jenama dan lokasi pam.

  11. Rujuk website ni setiap hari before starting your drive:

    • road.is -- untuk check sama ada jalan yang kita nak lalu tu dibuka atau tidak, ada gangguan atau tidak dsb. Locals pun refer to this website all the time.

    • vedur.is -- untuk check ramalan cuaca setiap jam. Like I've mentioned before, weather di sana sangat erratic jadi kerap-keraplah check kalau perlu (nak bajet cuaca untuk outdoor activities ke dll). Website ni juga ada aurora forecast, warnings for earthquakes, avalanche dsb.

    • safetravel.is -- untuk quick check on weather / earthquake / avalanche warnings, dan juga untuk submit our travel plan so at least the authorities know of our movement (this is voluntary not compulsory).

      Please also download Iceland 112 app on your phone. It links with this website and it serves as your emergency beacon sekiranya anda ditimpa kemalangan and need to call for help.

  12. Orang Iceland rata-ratanya friendly, peramah dan suka melayan kita sembang. Tapi when you talk to them, jangan percaya cakap diorang on two things. Cuaca dan keadaan jalan.

    Kalau diorang kata "ohhh it's not cold at all" maka bersedialah untuk berkelubung litup dan kalau dia kata "the road there is perfectly normal" hurmmmm...

    Hadaplah jalan gravel yang berlopak dan gaung bertingkek-tingkek.

  13. Iceland cuma ada satu tol sahaja. Kalau pusing keliling pulau kemungkinan besar akan lalu tol ni. Harganya ISK1000 (RM40 mengikut rate Ogos 2017), bayar cash.

  14. Food in Iceland is very expensive. Kalau ikut exchange rate sekarang, sebuku roti dalam RM15, apple sebiji RM6-7, salad satu bungkus untuk dua orang makan dalam RM20. Harga sepinggan main course untuk seorang di restoran biasa rata-ratanya RM80-100+.

    Kami bawak banyak makanan sendiri dari sini (Brahims, sardin, serunding, sambal bilis). TETAPIIIIIII... Mesti bajetkan sikit untuk makan their food because their food is so fresh, so sedap, soooo menjilat siku!

    Specialty mereka: langoustine (lobster kecik) dan freshhhhhhh fishhhhhhhh from the North Atlantic! Air, boleh minum dari paip sahaja. Tapi jangan ambik dari paip hot water.

    Their heating system is geothermal, jadi sesetengah air paip hot water tu rasa sulfur (uwek), agak berbau dan buatkan tekak kering dan perit.

  15. Selain daripada tol, transaksi lain di Iceland adalah 100% cashless. Nak beli kopi secawan kat stesen minyak pun boleh pakai kad. Tapi kalau nak pakai cash jugak, kat Keflavik Airport ada ATM machine.


    Money changer pun ada. Kami withdraw sedikit cash for spare (sebab kami perlu bayar individual person juga) dan lebihnya kami swipe-swipe aje all the time.

  16. Last but not least, everyone's favorite topic. Budget! Saya tak dapat nak share exact budget saya di sini tapi lebih kurang macam ni:

    • Accommodations: RM300 semalam. Mostly Airbnb dan guesthouse. So boleh ke kalau nak camping?

      Well, kami jumpa three Malaysian boys yang buat percubaan camping di Seljalandsfoss campsite.

      Esoknya kami jumpa diorang lagi, they told us malam tu diorang macam nak mati kesejukan dan lari tidur dalam kereta muahahahaaaaa.

    • Kereta dan insurans: boleh check website. Saya menyewa dengan Blue Car Rentals. Saya request the cheapest 4WD which is Suzuki Jimny but we got free upgrade to Dacia Duster.

    • Makan: Kalau nak makan di restoran, bolehlah bajet RM100-RM120 sekali makan dan groceries tu dalam RM100 jugaklah kot untuk dua orang sekali beli. Sebab kami makan sempoi aje dan banyak bekalan sendiri so kalau grocery RM100 ni bolehla tahan 3-4 hari.

    • Souvenirs: fridge magnet ranges between RM30 - RM45 sebijik, t-shirt bangang RM100+. Sekian. No Hard Rock. Well at least we didn't see any.

My travel buddy di tempat bernama Stokksness. Di belakang sana Gunung Vestrahorn. Kat sinilah Kajol dan SRK macam berlari atas air dalam Gerua hehe...

Djupivogur.
Our first mountain pass on the way to Egilsstadir di timur Iceland.

Ada kandang kuda di atas gunung. Taktau lah macam mana tuan dia bagi makan sebab kami tak nampak rumah pun berpuluh kilometer sebelum dan selepas kandang kuda ni.

On the way to Dettifoss, lokasi penggambaran filem Prometheus.

The strange landscape of Myvatn. Bila sampai ke Myvatn rasa macam kat planet lain. Nasib baik ada rumah, kalau tidak confirm ingat dah sampai bulan.

Godafoss (Waterfall of the Gods). Ada kisah menarik di sebalik nama waterfall ni (sila Google). Cuaca ketika ini -6Celsius.

Frozen lake near Myvatn. Masa ni kami jealous tengok Instagram kawan-kawan di continental Europe tengah bersiar-siar di bandar dengan memakai t-shirt dan shorts!

Bandar Akureyri di utara Iceland, bandar kedua terbesar di Iceland selepas Reykjavik. It's also known as the capital of the north.

Approaching bandar Husavik, the whale-watching town of Iceland. Rasa macam kat Alaska pulak.

Langoustine pasta yang sedap gila di Husavik. Dengan tak malunya saya korek sampai licin pinggan tu. Berbaloi bayar RM100+. Satu bab makan di Iceland ni, walaupun mahal nak mampos, tapi sedap dan confirm tak menyesal.

Pemandangan biasa-biasa jer kat tepi jalan on the way dari Husavik ke Akureyri haha.

Ni pun pemandangan biasa-biasa jer kat tepi jalan.

Ni pun tepi jalan jer. Penat betul berenti naik turun kereta nak ambik gambar sebab semua tempat pun cantik.

Ni ketika kami nak ke Siglufjordur, which is bandar paling utara di Iceland. Ni di kawasan lembah di mana kami dikelilingi oleh nothing but mountains.

Kami berenti kejap di tempat ni sebab first time kami merasa keluar daripada tunnel merentas gunung, ada lembah yang cukup cantik dan sunyi, dan di depan sana ada satu lagi tunnel merentas gunung.

The combined length of these two tunnels are 11km, and was just opened in 2010. Before that, kalau nak datang sini kena hike berhari-hari atau sailing.

The gorgeous valley between the tunnels.

Bangunan yang sangat ceria di Siglufjordur, sebuah fishing community. Siglufjordur is my favorite place in all of Iceland.

Jalan sepanjang fjord di utara pada bulan May macam ni lah view nya.
Visiting a traditional Icelandic turfhouse di Glaumbaer.

Kilang wool terbesar di Iceland, located in Hvammstangi. Actually kami redah jer ke sini sebab nak beli glove spare...

Sekali jenguk kat dalam, this friendly supervisor ajak kami masuk dalam kilang tu buat lawatan sambil belajar hehe. Total number of workers yang ada ketika lawatan kami tu: 4-5 orang sahaja kekekeke.

Sila gelak.

Maaflah muka cuak sikit, seram nak masuk Museum of Sorcery and Witchcraft di Holmavik, Westfjords. Sebelum ketibaan agama Kristian, orang Iceland, especially di Westfjords, kuat mengamalkan ilmu sihir.

Actually sebaik kami turun kereta kat depan muzium ni, ada burung gagak yang SANGAT BESAR (macam helang) kat atas tiang lampu dok berbunyi "arkkkk arkkkkk" pastu terbang.

Seremmmmmm!

Isafjordur, bandar terbesar di Westfjords. Jauh gila nak sampai ke sini hehe. Memang terpencil sungguh.

Dynjandi waterfall di Westfjords.
Jalan keluar daripada Westfjords. Memang takde orang langsung.
Hazzab nak keluar dari Westfjords ni tau.

Dah keluar dari Westfjords, macam ni pulak view dia... Cuaca kejap mendung berkabus, kejap cerah ceria. Tak kira apa cuaca pun, pemandangan tetap dramatik.

Very fancy-looking church somewhere in the Snaefellsness Peninsula.

Ni lah yang saya maksudkan ada seketul pam minyak je kedai/manusia tak ada. So bayar pakai kad je lah.

Jalan (F-road) naik ke Snaefelljokull masih ditutup. Siapa baca buku atau tengok movie Jules Verne Journey To The Centre of The Earth akan tahu di gunung berapi ni lah terdapatnya pintu masuk ke perut bumi.

Best kan kalau dapat tinggal di cabin tu 4-5 hari?

Pemandangan di pelabuhan Stykkisholmur, lokasi penggambaran The Secret Life of Walter Mitty.

Hope that helps if you're planning a full Icelandic roadtrip! For further info, boleh PM saya ye, I would be glad to help. Gambar semua saya skip the usual places di Golden Circle dan South Iceland.

Penulis boleh dihubungi di laman Facebook Shahriza Embi


P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂

Share:

One comment on “16 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menjejakkan Kaki Ke Iceland”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open