KONGSIKAN

FLYScoot telah memulakan perjalanan langsung dari Singapura ke Athens bermula 20 June 2017. JOM KE GREECE !!

Artikel ini ditulis oleh Khairul Naeim Z

Selepas menjejak kaki di Greece,, South Africa masih berada di tangga teratas diikuti Lebanon.

Tetapi untuk beach holiday. Ya, Greece beratas dikelompok lima teratas.

Salah satu sebab adalah pantainya amat bersih, dijaga rapi agak sukar untuk bertemu dengan sampah-sarap.

1 ) Tempah penginapan seawal yang mungkin terutama pada musim panas. Ini adalah kerana penginapan di pulau ini adalah agak terhad dan kebanyakkannya bertaraf hotel

2) Cenderahati boleh dibeli di kawasan sekitar City Centre. Harga untuk FM adalah 1€ , keychain 2.5€

3) Jika anda menempah penginapan, pastikan anda menempah hotel atau hostel yang menyediakan free transfer ke airport. Ini adalah kerana perkhidmayan bas adalah terhad

4) Untuk penginapan, anda dinasihatkan untuk menempah dikawasan city centre

5) Anda boleh mengelilingi pulau Mykonos dengan menggunakan bas tetapi destinasinya adalah terhad. Tambang sehala adalah 1.8€.

6) Antara pulau atau pantai yang anda wajib lawati adalah seperti Pliaty Giatos, Paraga, Paradise, Super Paradise dan juga Elia. Anda harus melawat ke setiap pulau kerana setiap pulau adalah berbeza.

7) Bawa makanan secukupnya. Ini adalah kerana makanan di Mykonos amat mahal. Tambahan pula, tiada makanan halal disini

8) Anda juga boleh menyewa motor dengan bayaran 25€ sehari. Lesen pemanduan antarabangsa di perlukan disini

9) Tempat yang anda patut lawati di area bandar adalah seperti di Windmill, Little Venice.

10 ) Tempat terbaik untuk melihat sunset adalah dikawasan Little Venice, City Centre

Semoga anda semua menikmati layanan istimewa di Greece.!

P/S- Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan lupa tekan butang share 🙂

TINGGALKAN KOMEN

Please enter your comment!
Please enter your name here