Artikel ini disunting dari artikel asal yang ditulis oleh Khairul Naeim Z.
FLYScoot telah memulakan perjalanan langsung dari Singapura ke Athens bermula 20 June 2017. JOM KE GREECE !!
- Dari airport ke city centre boleh naik metro . Harga untuk seorang adalah 10€, harga untuk seorang jika beli untuk berdua adalah 9€ dan harga untuk seorang jika beli bertiga adalah 8€.
Jika anda berseorang dan berada di Athens selama 3 hari boleh membeli ticket airport return dan boleh guna semua pengangkutan awam di Athens dengan hanya 22€. Dari airport ke city centre adalah selama 45 minit.
Untuk menjimatkan wang, anda boleh mengunakan bas dengan hanya 6€. Aiport bas beroperasi selama 24 jam. Berbanding train bermula jam 6 pagi berakhir jam 12 malam. - Harga tiket tram atau train adalah 1.4€ untuk 90 minit perjalanan. Pastikan akan validate sebelum memulakan perjalanan.
- Untuk penginapan, dinasihatkan untuk menginap di area Monasiraki atau Syntagma.
- Makanan halal banyak di kawasan Omonia. Kebanyakkan adalah dari India.
- Jika anda ingin membeli cenderahati adalah di kawasan Flea market di Monasiraki atau Syntagma. Harga untuk FM adalah 1€, poskad 0.20€, keychain 2.5€ dan baju 5.5€.
- Kebanyakkan kawasan tumpuan pelancong ada potongan untuk pelajar. Jadi, pastikan anda membawa kad pelajar bersama-sama anda.
- Antara tempat tumpuan pelancong adalah Acropolis (Bayaran masuk 12€), Muzium Acropolis (Bayaran masuk 5€), Temple of Zeus (guna tiket masuk Acropolis) , Panathenaic stadium (Bayaran masuk 3€), Treater of Dionysus, Sytgma square dan bangunan parlimen.
- Makanan yang patut anda cuba semasa di Athens adalah seperti Greek salad, Greek yogurt dan Greek aiskrim.
- Jika anda kesana pada musim panas pastikan anda membawa sunscreen bersama- sama. Cuacanya sangat panas terik.
- Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Kerana dikebanyakkan tempat adalah berbukit dan licin.














P.S: Jangan lupa tekan butang share 🙂