10 Frasa Bahasa Korea Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Ke Korea

10 Frasa Bahasa Korea Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Ke Korea

Share Artikel

Ramai penggemar budaya Korea (K-Pop dll) bermimpi untuk melawat Korea Selatan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Walaubagaimanapun, anda mungkin menghadapi kesukaran jika tidak mengetahui perkataan asas bahasa Korea. Berikut merupakan senarai 10 frasa bahasa Korea yang perlu anda ketahui sebelum anda melawat Korea.

1. Perkara paling asas yang boleh anda boleh guna untuk memulakan perbualan ialah "hello". Walaupun anda tidak tahu bagaimana untuk berbual panjang dengan seseorang, selalu gunakan ' annyeonghaseyo' untuk menyapa sesiapa sahaja terutamanya ketika anda memasuki kedai atau restoran.

Hello
annyeonghaseyo
안녕하세요

2. Tidak biasa cara kerja di Korea? Tergesa-gesa dan tidak sengaja bertemu dengan seseorang? Dengan perkataan maaf yang mudah, " joesonghamnida " anda mampu keluar dari bencana dan perkara yang tidak diingini.

Maaf
joe-song-ham-ni-da
죄송 합니다

3. Apabila anda meminta di kedai atau memesan sesuatu menu, katakan " juseyo" pada akhir ayat selepas menyebut benda yang anda mahukan. Anda pasti akan mendapatnya.

Tolong / Tolong berikan saya
ju-se-yo
주세요

4. Selepas menyapa dan memulakan perbualan dengan seseorang, adalah sopan untuk mengucapkan " ban-gap-sum-ni-da" sebelum anda menyambung perbualan.

Gembira bertemu anda
ban-gap-sum-ni-da
반갑 습니다

5. Anda sedang sibuk, tiba-tiba seseorang menyapa dan bertanyakan sesuatu? Untuk meminta masa sebentar, ucapkan "jamshimanyo" pada mereka.

Berikan saya masa sebentar
jam-shi-man-yo
잠시만 요

6. Sama seperti di negara lain, sebaik sahaja seseorang membantu anda, anda harus mengatakan "kamsahamnida" yang merupakan bahasa formal untuk mengatakan "terima kasih."

Terima kasih
kam-sa-ham-ni-da
감사 합니다

7. Jika anda tersesat di Korea ketika mencari tempat tertentu dan anda tidak tahu bagaimana untuk sampai ke sana, jangan takut untuk bertanya kepada seseorang di mana ia berada. Mudah sahaja dengan menyebut tempat atau benda yang anda cari, diikuti dengan "odiyeyo." Jika anda sedang mencari Menara Namsan, anda akan ucap "Namsan Tower + odiyeyo."

Di mana?
o-di-ye-yo?
어디 예요?

8. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu tetapi tidak ada tanda harga, sebutlah nama barang tersebut dan diikuti oleh "olmayeyo" untuk bertanya berapa harganya.

Berapa harganya?
ol-ma-ye-yo?
얼마 예요?

9. Apabila anda tidak tahu bagaimana membaca menu, cukup sekadar menunjukkan apa yang anda mahu berdasarkan gambar. Apabila anda menunjukkan sesuatu secara khusus ucapkan "i-geot" yang bermaksud "ini."

Ini
i-geot
이것

10. Akhir sekali, jika ada orang yang mendekati anda untuk bertanya soalan tetapi anda tidak mampu untuk menjawabnya, ucapkan "hanguk maljal mothaeyo" yang bermaksud "Bahasa Korea saya tidak begitu baik ". Mereka akan memahami dan mungkin sebahagian mereka akan cuba bertutur dalam bahasa Inggeris. Tidak mustahil kerana hari ini bahasa Inggeris sudah diajar di sekolah-sekolah.

Bahasa Korea saya tidak begitu baik.
han-guk-mal jal mot-hae-yo
한국말 잘 못해요

Artikel diterjemah dan disunting dari sumber.

P/S- Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain. Jangan lupa tekan butang share ?

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tagsfolder-open